1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kecintaan Ukhuwah Kerana Allah

أَبَا ذَرٍّ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَحَبَّ أَحَدُكُمْ صَاحِبَهُ فَلْيَأْتِهِ فِي مَنْزِلِهِ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَقَدْ أَحْبَبْتُكَ فَجِئْتُكَ فِي مَنْزِلِكَ

Abu Dzar berkata bahawa ia pernah mendengar SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kalian mencintai saudaranya, maka hendaklah ia datang ke rumahnya dan khabarkan kepadanya bahawa ia mencintainya kerana Allah Azza Wa Jalla, aku mencintaimu maka aku datang ke rumahmu'." (HR Ahmad No: 20537) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ukhuwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap seseorang yang diikat oleh ikatan akidah Islam, iman dan takwa.

2.  Perasaan cinta dan kasih kerana Allah yang lahir dari ukhuwah Islamiah perlu dizahirkan dengan ucapan kasih sayang.

3.  Jika kita menyayangi sahabat, ziarahilah dia dan ucapkan kalimah: saya sayang dan kasih awak kerana Allah.

4.  Ibnu Qayyim: Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain, sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bala.

5.  Umar al-Khattab: Tiada suatu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain dari saudara yang solleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya.

27hb April  2017
30hb Rejab 1438H


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama