1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Setiap Kebaikan Adalah Sedekah
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ
Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu." (HR Tirmizi No: 1893) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala
.
2. Sedekah mencakupi aspek harta, tenaga, usaha dan, tindakan yang telus dan ikhlas dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain.
3. Antara bentuk kebaikan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui.
4. Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya, itu juga sedekah
Lakukanlah kebaikan semampu kita. Moga ia menjadi pahala diakhirat.
06hb Mac 2017
07hb Jamadil Akhir 1438H
InsyaAllah ..dalam hidup ni perbanyakkan sedekah bukan sahaja melalui duit ..banyak lagi yang boleh sedekah ..insyaAllah amalkan sedekah nanti bertambah rezeki kita Allah gandakan
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!