1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Keutamaan Menziarahi Kerabat @ Sahabat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke kampung yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' Orang itu menjawab; 'Saya ingin menjenguk saudara saya yang berada di kampung lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahwasanya Allah akan senantiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.' (HR Muslim No: 4656) : Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mengasihi orang lain dengan sifat rahmah sama ada kerabat ataupun sesama Muslim adalah suatu tuntutan.
2. Salah satu cara cinta dan mengasihi sahabat ialah dengan menziarahi mereka.
3. Allah mengasihi dan mencintai seseorang yang menziarahi saudaranya semata-mata kerana cinta dan kasih kerana Allah.
Marilah kita merapatkan silaturahim sesama kerabat dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita antaranya dengan saling menziarahì dan bertanya khabar.
14hb Mac 2017
15hb Jamadil Akhir 1438H
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!