Tak terkata apa melihat situasi banjir di pantai timur. Lumpuh semua sistem perhubungan. Doa aku, semoga mereka tabah menghadapi situasi tersebut. Pelbagai andaian yang dilontarkan sebab kenapa terjadinya bencana tersebut. Aku sendiri terfikir pelbagai sebab dan punca kenapa terjadinya bencana tersebut. Dan, terima kasih kepada Ustaz Pahrol Mohd Juoi di atas artikel yang menjawap kepada persoalan aku. Berikut aku sertakan sedikit nukilan ustaz sebagai peringatan untuk diri aku yang sering terleka...
Teladanilah sikap Rasulullah s.a.w. apabila kota Madinah diselubungi awan gelap atau tanda-tanda ribut akan berlaku. Diriwayatkan Baginda akan bergegas menuju ke dalam masjid, bersolat dan bermunajat dengan rintihannya:
“Ya, Allah janganlah Kau turunkan bala ke atas kaumku.”
Peri takut dan gentarnya Rasulullah s.a.w. terhadap bala yang mungkin menimpa akibat dosa-dosa ini ialah sikap Baginda yang menyuruh para sahabat menutup muka dan menundukkan kepala apabila melalui lokasi tempat berlakunya azab kepada kaum Aad dan Tsamud.
Malangnya, sikap sebegini selalu dianggap remeh oleh kebanyakan kita hari ini. Jalan yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w. dan para salafussoleh tidak dapat dilihat oleh hati yang telah pekat dan berkarat dengan maksiat. Amaran dan peringatan sering dimomokkan. Mengaitkan dosa dan bencana dianggap fikiran kolot dan ketinggalan.
Sejarah nabi-nabi terdahulu nampaknya berulang lagi. Nuh diejek oleh umatnya ketika ia memberi peringatan tentang kedatangan banjir besar. Lut diejek dan diancam ketika ia memberi amaran datangnya seksa Allah s.w.t. Begitu juga yang menimpa Nabi Musa, Nabi Salleh dan nabi-nabi yang lain.
Jalan kebenaran selalunya didustakan. Yang benar dianggap salah, yang salah dianggap benar. Dunia tidak terbalik, tetapi hati dan akal manusia yang terbalik ketika mentafsir, memahami dan bertindak!
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!