Umunya, kita semua dah tahu manfaat minyak zaitun untuk kesihatan. Selain Pati Delima Gulsan, aku juga amalkan pengambilan minyak zaitun. Kepada yang tercari minyak zaitun jenis mana yang sesuai untuk korang, mungkin rujukan dibawah ada manfaat untuk dijadikan panduan. Aku beli yang Extra Virgin. Mahal sikit tetapi apa salahnya untuk kesihatan.
Terdapat beberapa jenis minyak zaitun dalam pasaran secara Am nya: Extra Virgin, Virgin, Pure, Extracted and Refined, dan Pomace.
1) Minyak zaitun Extra Virgin dihasilkan dari zaitun berkualiti nombor satu. Dihasilkan hanya dengan pemerahan sekali sahaja tanpa haba / pemanas, dan tidak lebih. Tingkat keasamannya (asid) tidak melebihi dari 1% saja. Rasa dan aroma buahnya kuat. Jenis minyak zaitun ini sangat dianjurkan untuk kesihatan. Ertinya boleh dimakan atau diminum terus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.
2) Minyak zaitun Virgin. Ia diproses dengan cara tekanan dam pemerahan biasa tanpa haba atau pemanas. Minyak zaitun Virgin diambil dari buah zaitun yang lebih matang, sehingga tingkat keasamannya agak tinggi dibandingkan Extra Virgin, yakni berkisar 1 sampai 5%. Masih boleh diminum atau campur dalam makanan secara terus. Berwarna hijau kekuningan.
3) Minyak zaitun Pure. Minyak zaitun yang dihasilkan dari campuran minyak zaitun hasil sulingan dan minyak zaitun Virgin. Yang perlu diperhatikan adalah tehnik penyulingan disini sudah tentu menggunakan haba / panas, dan sedikit campuran bahan kimia. Ada pun penambahan minyak zaitun Virgin sebagai penaik rasanya. Tingkat keasaman (asid) minyak zaitun Pure berkisar 3 sampai 4%. Minyak zaitun ini biasanya dipakai untuk memasak. Berwarna kuning keputihan.
4) Minyak zaitun Extracted and Refined. Minyak zaitun ini dibuat dari sisa pemerahan hasil pertama, dengan menggunakan pelarut kimia. Minyak zaitun Virgin juga ditambahkan sebagai penaik rasa. Tingkat keasamannya lebih tinggi dari 3,3%. Berwarna jernih sedikit kekuningan.
5) Minyak zaitun Pomace. Minyak zaitun yang dibuat dengan ekstrak kimia dari hampas atau sisa pemerahan dan pemrosesan kedua. Tingkat keasamannya 5-10%, minyak zaitun Virgin juga ditambahkan sebagai penaik rasa dan aroma zaitun. Minyak zaitun Pomace, biasanya dipakai sebagai bahan untuk kecantikan, sabun, syampu atau lainnya.
Dengan ini, maka tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!