Memang sesetengah manusia kurang senang melihat kelebihan nikmat dikurniai Allah kepada orang lain. Ini salah satu punca mengapa berlaku pengkhianatan dalam hidup manusia. Perasaan iri, dengki, cemburu, sakit hati dan seumpamanya menjadikan mereka bertindak melebihi syaitan.

Kurang-kurangkanlah rasa dengki dan sakit hati dengan menyelusuri usaha yang dilakukan seseorang hingga dilimpahi nikmat harta yang melimpah ruah oleh ALLAH S.W.T. Dengan itu hati kita akan menjadi tenteram. Zaman ini rasanya tiada lagi orang terjumpa harta karun dalam gua lalu terus menjadi kaya raya. Semuanya perlu dilakukan dengan kerja keras.

Kita kena realistik dalam hidup. Tidak semua yang kita inginkan akan diperolehi. Kerana dunia sememangnya tempat untuk kita diuji. Andainya kita mendapat semua yang kita ingini, itu juga adalah ujian buat kita. Iaitu ujian dengan memperolehi semuanya tetapi apakah itu akan semakin menjadikan kita manusia bersyukur ataupun kufur ?


101 rahsia penguat nurani..

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama