TQ to Google.. |
Ini kisah benar yang terjadi pada saya. Dan ini adalah kejadian yang entah kali ke berapa saya mendapat tawaran 'istimewa' dari mereka yang terlibat. Setelah berjaya menangkis dan tidak menjawap panggilan telefon dari 'mereka' ini, akhirnya kes ini sepi. Mungkin number handphone saya dalam senarai 'orang yang payah untuk di perangkap'. Agaknyalah.
Isu yang di bongkarkan oleh rakan blog saya, baru-baru ini, benar-benar telah mengimbau apa yang pernah terjadi pada saya suatu ketika dahulu. Sehinggalah, sampai ke tahap, bila melihat sahaja number telefon yang terpapar di skrin handphone, saya sudah dapat meneka, ini adalah mereka!
Betul-betul mengganggu 'privasi' saya yang ketika itu sedang bekerja, sedang dalam mesyuarat, sedang memandu untuk pulang ke rumah dan pelbagai situasi lagi.
Dan hari ini, mungkin hari bertuah saya agaknya, sekali lagi saya mendapat panggilan telefon dari 'mereka'. Ketika itu saya sedang sibuk untuk menghantar anak ke sekolah. Kata aluan mereka,
"Terima kasih kerana puan eiza kerana telah memilih bank kami untuk pembiayaan pinjaman kereta. "
Telah hampir 4 tahun saya menggunakan perkhidmatan bank tersebut, baru sekarang ada panggilan terima kasih? Pelik? Terus saya teringat pada artikel rakan blogger saya.
"Sama-sama. Ada masalah ke dengan akaun saya?" Masih beranggapan baik. Mungkin 'cara kerja' terbaru bank tersebut sebagai penghargaan buat pelanggan.
"Akaun puan ok. Tidak ada masalah. Dan oleh kerana itu, kami ingin menawarkan insuran bla..bla..bla.. kepada puan."
"Insuran? Sorry not interested. Got to go." Talian handphone terus di matikan kerana anak-anak saya terjerit-jerit,
"Mamaaaaa...cepatlah, kalau lambat, pengawas ambil nama kami. "
Terfikir di fikiran saya, dari mana mereka mendapat nama saya dan butir peribadi saya (number handphone) dan jenis pinjaman yang saya buat. Dan benar, bank yang mereka sebut adalah bank yang sama dengan bank yang saya gunakan untuk membuat pinjaman.
Ada orang bank yang pecah amanah? Sanggup jual maklumat sulit pelanggan untuk mendapatkan sumber rezeki haramnya? Dunia akhir zaman, yang haram di halalkan demi kepentingan peribadi.
Terima kasih buat rakan blogger saya, Mazidul di atas pendedahan kes ini. Klik untuk baca kes 'mereka' yang licik memperdayakan pengguna kad kredit terutamanya buat mereka yang kali pertama menggunakannya.
Nasihat saya, jangan mudah terpedaya. Jangan rasa 'terpilih' dengan tawaran dari mereka. Dapatkan kepastian dari bank yang di sebut, untuk pengesahan. Duit kita adalah hak kita, mereka tiada hak langsung!
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!