Plastiknya kita apabila dapat memahami orang lain sedang suami atau isteri sendiri selalu dikatakan ada 'gap'. Boleh pula kita bermesej dengan orang lain hingga terbit resah jika sehari tidak berbuat begitu.
Plastiknya manusia, bagaimana hidup mahu berkat? Mengapa perlu sibuk dengan suami atau isteri orang bertanya dah makan ke belum sedangkan pasangan di rumah tidak pernah di pelawa makan pun.
Hendak dibawa ke mana hubungan begini, yang nyata ia menguntungkan syarikat telekomunikasi sambil memiskinkan kita. Kata orang, kecil saja jumlah duit yang digunakan untuk hubungan serupa ini tetapi kalau asyik bermesej.. beribu juga sudahnya.
Fikir-fikirkan...
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!