1. Tuhan - Islam mengesakan Allah. Tiada tuhan dan yang berkuasa selain Dia. Yahudi juga mengesakan Allah tetapi terpengaruh dengan tahayyul sehingga wujud kepercayaan dewa-dewa seperti Zeuss dan lain-lain.

2. Kitab - Islam memperakui semua kitab yang diturunkan oleh Allah s..w.t. iaitu Taurat, Zabur, Injil dan semua ini tidak perlu ditelaah kembali kerana ia sudah terkandung di dalam al-Quran. Yahudi menerima Taurat dan Zabur tetapi menolak Injil dan al-Quran.

3. Rasul - Islam menerima kesemua Rasul dan Nabi dari Adam a.s. sampai Muhammad s.a.w. dan tidak membeza-bezakan di antara mereka. Ajaran aqidah mereka satu sahaja tetapi syariat mereka yang berbeza (dari sudut hukum-hakam amalan). Yahudi menerima semua Rasul dan Nabi melainkan Isa a.s. dan Muhammad s.a.w. 

4. Bahasa - bahasa yang digunakan oleh Islam dan kitabnya iaitu al-Quran adalah bahasa Arab sedangkan Yahudi terus menerus menggunakan bahasa Ibrani (Hebrew). Bahkan bahasa Hebrew sudah pupus tetapi dihidupkan semula berpandukan nahu dan tatabahasa Arab. Cara-cara sebutan juga dikekalkan dengan sebutan asal bahasa Hebrew termasuk nama para Nabi dan Rasul, malaikat dan lain-lain. Contohnya mengikut Islam (bahasa Arab) Nabi Harun dalam Ibrani pula disebut Aaron (אהרון). Nabi Musa disebut Moses (משה). Nabi Ibrahim disebut Abraham(איברהים ). 

Pada hari ini kita mengutuk Israel atas serangan tidak berperi kemanusiaan ke atas saudara kita di Palestin. Tetapi kita bergaya seperti mereka hatta generasi baharu kita pada hari ini kita namakan seperti nama mereka. Agaknya sudah kolot untuk menamakan anak-anak dengan Harun lalu diubah gaya baru sebagai Aaron. Fikir-fikirkan....


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama