Tuhan tidak memberikan rasa cinta kepada manusia untuk maksud yang rendah. Cinta itu bukan hanya untuk memberi dan mendapatkan seks. Jika itulah tujuan cinta, alangkah rendahnya martabat cinta. 

Al-Farabi berkata: " Cinta yang hanya bertujuan untuk seks ialah cinta yang diberikan Tuhan buat haiwan." Jadi, jika tujuan cinta kita hanya seputar seks, kita sudah "berkongsi" tujuan dengan cinta haiwan.

USAH BERCINTA DENGAN CINTA HAIWAN

Cinta haiwan tidak mempunyai tujuan dan jalan yang benar. Tidak ada istilah iman dan syariat akhlak dalam kehidupan haiwan. Nafsu seks dipenuhi dengan cara yang begitu jijik sekali. Tidak ada rasa segan silu, di mana-mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja. Maka begitulah jadilah manusia yang bercinta dengan cinta haiwan. Iman, syariat dan akhlak terbarai. Demi keseronokan yang sementara, penyesalan dan dosanya berkekalan.

Haiwan hanya punya nafsu dan naluri. Manusia dikurniakan akal dan agama. Dengan pimpinan agama yang suci dan fikiran yang bersih, seks dinikmati secara terhormat, indah dan bermaruah.

Melalui ikatan pernikahan, bersatulah sepasang manusia berlainan jantina itu dengan nama Tuhan yang Maha Mencipta. Akan tiba masanya yang indah itu... bersabarlah. Sabar itu indah.




1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Cinta seseorang untuk hidup bersama disaat susah dan senang hingga akhir nyawa

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama