Musuh kita yang sebenar bukaniah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut!
Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan berusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terus menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat.
Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!
Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap, “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!