Dalam Islam, hendak memakai cincin kena betul letaknya. Bukan boleh main sarung sahaja. Dan bukan boleh ikut 'trend' sahaja. Salah ikut, dosa yang sedang kita kumpul. Moga setiap perbuatan dan amalan kita mendapat pahala dan rahmat dari Allahswt. 

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • jari tengah
  • jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.



3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. x selesa pakai kat jari tgh.. hehe

    BalasPadam
  2. To ejulz - memang tak selesa, kata seorg rakan berbangsa cina saya, jgn pakai cincin di jari tgh nanti segala nasib malang tak keluar. Entah kan betul entah kan tidak tapi ada persamaan dengan larangan dalam Islam kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama