Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.
Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”.
Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)
Nota : Ustaz Pahrol Mohd Juoi
GreenAppleKu : Hati akan menjadi lebih tenang jika setiap perkara yang kita lakukan, di niatkan kerana Allahswt.
Bukan kerana hendak mendapatkan perhatian bos ker, kekasih ker, rakan sepejabat ker, suami ker, isteri ker dan lain-lain sebab. Apabila segala usaha kita tidak mendapat pujian seperti yang kita harapkan, rasa terkilan, rasa kecil hati, rasa marah dan pelbagai lagi rasa negatif akan hadir.
Bagaimana untuk menghilangkan semua rasa negatif tersebut?
Niatlah, " Aku lakukan perkara ini hanya kerana Allahswt. "
ikhlas kerana Allah semata mata
BalasPadam...usah mengharapkan ucapan terima kasih atas apa yg kita lakukan... lakukanlah semuanya kerana Allah swt...
BalasPadamkalo orang dah tolong kita, jgn berat sgt mulut nak ucapkan terima kasih, walaupon orang tu tak mintak. paham2 sendiri la kan. hehe..
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!