Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah INTERAKSI kita dengan al-Quran? 

Bagaimanakah KUALITI BACAAN al-Quran kita? 

Bagaimanakah pula dengan PENGHAYATAN kita terhadap apa yang ditulis dalam al-Quran? 

SEJAUH manakah kita merasakan bahawa al-Quran itu HIDUP dalam hati kita, dan hidup kita secara KESELURUHANNYA adalah berpandu kepada acuan al-Quran? 

Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan : 

“Eh, aku dah KHATAM dah waktu darjah 5 dulu tau!”.

“Takpelah, aku TAK PANDAI sangat baca Quran, segan la nak tadarus”.

“Kalau ada MASA LAPANG aku baca la Quran”.

“Ye ke Quran ni LENGKAP?”.

“Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun MAKNANYA..takpe, dapat pahala jugak”.

“Dah lama dah TAK BACA..tak sempat la, SIBUK SIKIT..”


INGATKAH kita pada Firman Allah ini :

“Patutkah mereka (bersikap demikian),TIDAK MAHU MEMIKIRKAN isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati PERSELISIHAN yang banyak di dalamnya.” 
(Surah An-Nisa’: 82)

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka SENGAJA tidak berusaha MEMAHAMI serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka KUNCI PENUTUP (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?” 
(Surah Muhammad: 24)

Jika sebelum ini al-Quran itu kita anggap sebagai BAHAN BACAAN, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai BAHAN PENGHAYATAN..

Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan, kita selak dan kita DALAMI al-Quran..InsyaAllah, hidup kita akan menjadi semakin TERARAH dan semakin baik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali..


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama