Dalam kamus hidup orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak ada istilah pahala atau dosa, neraka mahupun syurga. Hidupnya akan didominasi sepenuhnya oleh sifat materialisme, hedonisme dan individualistik.

Dia hanya memberi jika mendapat balasan yang lebih baik dan banyak. Apabila manusia hanya fokus untuk menerima semata-mata, pecahlah ukhuwah, terungkailah persaudaraan.

Apabila manusia ragu dengan Allah dan hari akhirat, dorongannya untuk melakukan kebaikkan kepada manusia lain akan menjadi lemah. Dia hanya di dorong untuk mencapai kepentingan duniawi dan peribadi sahaja untuk melakukan sesuatu perkara atau meninggalkannya.

Apabila manusia tidak yakin kepada Allah Yang Maha Berkuasa, mana mungkin dia beriman kepada hari akhirat kerana yang menjadikan hari akhirat itu ialah Allah.

Kepercayaan kepada Allah dan hari akhirat ering digandingkan bersama-sama, menandakan betapa signifikannya "a sense of the end".

Keyakinan terhadap hari akhiratlah yang menentukan seseorang itu mampu melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan.


sumber rujukan : SOLUSI isu no. 38, hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama