Apabila hati dijajah syaitan,
maka bermula lah titik noda hitam,
pada asalnya begitu kecil,
akibat menjadi kebiasaan,
lama-lama menjadi hitam,

Masyaallah,
iman itu penyuluh hidup,
Al-Quran pegangan hidup,
solat penjaga diri dari alpa,
bibir perlu dibasahi zikirullah,
tangan perlu sentiasa membual amal jariah,
kaki sentiasa melangkah ke tempat mulia,
badan sentiasa dijaga dari pendedahan kulit mahupun susuk badan,
sehingga kini,
Allah masih memberikan kesempurnaan ciptaan yang ada ditubuhmu itu,

apakan daya,
remaja kini lebih suka cara hidup bukan islam,
menyuluh diri dengan hiburan,
melupakan solat kerana rancangan mahupun konsert kegemaran,
lebih suka mengalunkan muzik yang mengkhayalkan,
tiada kurangnya ke tempat hiburan,
gadisnya dengan pakaian "bogel",
memakai pakaian seketat-ketatnya,
menyebabkan orang sekeliling pula merasa susah bernafas.

aduhai wanita penghias dunia,
memakai tudung punya lah malas,
pakai tudung salah lah cara,
adanya singkat,
adanya sanggul mcm simpan sarang tebuan,
pakai pakaian ketat,
pakai pakaian lengan pendek,
pakai seluar ketat,
pakai pula seluar tiga suku..=.="
pakai kasut mcm bunyi nak meroboh dan meretak jalan,
tup tap tup tap,
lainya bunyi gemerincing gelang kaki,
tercabut serban lelaki,
sama lah dengan pangkatnya imam,
hanya kerana bunyi gemerincing tersebut.

kekacakkan lelaki dilihat,
tiada kurang kecantikan wanita dilihat,
kemantapan tubuh si lelaki,
lebih-lebih lagi kejelitaan keanggunan tubuh si wanita,
aduhai..jika tahu dirimu cantik,
fikirlah,
adakah Allah melihatmu cantik?
adakah Allah melihatmu seorang yang gagah?
kamu seorang yang terkenal?
kamu seorang yang terindah teranggun terkacak,
aduhai..bangun..bangun..bangun,
dunia ini pinjaman,
dunia ini sementara,
tiada yang kekal,
hanya syurga dan neraka yang kekal abadi.

seumpama bulan memantulkan cahaya matahari,
kecantikannya hanya dipinjam dek terangnya cahaya matahari,
sama seperti segala yang dikau miliki,
semuanya hanya pinjaman,
tiada yang kekal,
bulan pun akan pergi,
matahari pun akan pergi,
oleh itu kita pun akan pergi.

cuma pesanku,
jika mahu dirimu cantik,
perindahkan dirimu dengan ilmumu,
jika mahu dirimu dipandang kacak,
perketatkan imanmu,
maka Allah membalasnya diakhirat dengan tiada siapa sangka,
bertapa besarnya balasan Allah,
subhanallah bagi yang diazabkan,
naauzubillah minta dijauhkan,
bagi yang menerima balasan yang baik,
tiada cukup sujud menyatakan bertapa bersyukurnya diri ini,
mendapat balasan yang teramat indah,
sedarlah wanita dirimu lebih cantik dari bidadari syurga bila dirimu menutup auratmu,
membuatkan sang bidadari merasa cemburu akan keindahan wajahmu,
masyaallah,
bahagianya kehidupan di syurga...♥

p/s: wallahualam..baik dtg dari Allah, tak baik dari ana sendiri...jika nukilan ini tiada baik dibaca harap dimaaf..inilah luahan hati dari mata hati yang melihat bertapa "indahnya" kehidupan didunia..♥ - Jannati Baiti -


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. cantik, diagung dan dipuja di dunia yg lebih jd keutamaan mereka?

    apa guna kalau kat akhirat kelak dihina dan di azab...

    dunia hanyalah semntara.. lebih baik jika nama disebut2 di akhirat kelak..

    BalasPadam
  2. @ Solihin Zubir, TERBAEKKKK... TQ sebab sudi komen. Terjah selalu blog picisan ni yer.

    BalasPadam
  3. @ Zul Fattah, awak pun sama, TQ seba tak jemu singgah dan komen. Sorry, amat sibuk dengan tugasan harian. Hanya entri yang di up date setiap hari sebagai balasan untuk semua. Insyaallah.

    BalasPadam
  4. masha Allah,za. good post.
    sungguh muhasababh diri ini :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama