Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi adalah orang yang memandang dirinya tinggi, dan memandang tinggi orang lain. 

Manakala orang yang tinggi diri dan takabbur ialah orang yang memandang dirinya tinggi dan memandang rendah orang lain.

Berhati-hati jangan sampai takabbur kerana akhirnya kita yang akan lebur.

Namun sikap inilah tanpa kita sedar, banyak kita temui. Contoh yang terdekat, kita dapat melihat warna sebenar kita di jalan raya. 

Mentang-mentanglah dia memandu bas, sebuah kenderaan yang besar dan tinggi, tanpa memikirkan peraturan jalan raya, sesetengah dari mereka ini akan melanggar peraturan tanpa memberi peluang pada kita yang hanya memandu kereta mahupun motosikal.

Itu salah satu contoh yang biasa kita temui dan alami. Banyak lagi contoh lain dalam kehidupan ini. Ubah sikap kita untuk kebaikkan bersama. Nasihat untuk diri sendiri. : )




4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. betul tu..kalau Allah dah bagi something lebih sket dari orang lain, jangan la riak or menunjuk2..Allah nak tarik nikmat tu, kejap jek dia leh tarik..so, sentiasa lah bersederhana dalam segala hal...

    BalasPadam
  2. Kan...jangan besar diri sebab ada yang Maha Besar...

    BalasPadam
  3. hurmmm.. sama2 la kita renungkan.. nice entry.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama