Cuti hujung minggu, masa yang amat sesuai untuk aktiviti mengemas rumah dan juga mengemas komputer. Clearkan segala 'Recycle Bin' yang tidak sempat di 'clear' pada hari Isnin hingga Jumaat. Betapa sibuknya sesetengah dari kita pada hari yang tersebut di atas termasuklah tuan punya blog. : )

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kesibukkan menyiapkan tugas utama di pejabat membataskan waktu untuk saya 'terjah semula' ke blog mereka yang sudi singgah dan komen di blog saya. Terasa, ada agenda yang belum selesai. Disebabkan rasa bersalah yang sudah lama bersarang di dalam hati, sebagai membalas jasa baik semua, saya akan pastikan setiap hari, paling tidak ada satu artikel dari saya. 

Back to the story, ketika saya sedang melihat-lihat apa yang perlu di clear dan apa yang tidak, saya terlihat sekeping gambar yang mengimbau kembali kenangan manis mencuit rasa. 

Betullah kata sesetengah orang. Rakan sekerja yang sekepala, baik hati, ikhlas, ada semangat berpasukan dan yang matang berfikir memberi kesan impak yang besar di dalam memastikan suasana di sesuatu tempat kerja ceria. Jika mood ceria, segala tugas yang di amanahkan dapat di selesaikan bersama dengan jayanya. 

Datanglah sebesar mana masalah kerja atau secepat mana sesuatu kerja itu perlu diselesaikan, jika ada semangat 'team work', semua perkara yang susah menjadi 'kacang' jer. 


BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. 





3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama