Aidilfitri merupakan hari di mana kita dapat berkumpul dan bertemu dengan sanak saudara mahupun sahabat handai yang hampir setahun kita tidak berjumpa dek kerana sibuk dengan urusan masing-masing. ( Sila tarik nafas sebentar )
" Ya allah, bertuahnya kau. Duduk tak lah jauh mana. Kalau drive tak sampai setengah jam dah sampai rumah makcik. Tapi itulah, hari raya ni barulah makcik dapat jumpa kau."
Sambil bersalaman dengan salah sorang makcik kesayanganku, sempat juga di tarbiahkan olehnya. Terasa rindunya pada diri ini ikhlas. Tersentuh hati kecilku ini.
" Busy dengan kerja makcik. "
Jawapan standart untuk menyelamatkan diri.
Jangan lupa ziarah sanak saudara, makcik pakcik, mak sedara pak sedara di Aidilfitri ini. Mana tahu ada rindu yang dapat di lepaskan. Hidup ini sementara sahaja. Gembirakanlah hati, insan-insan yang kita sayangi.
lol.. haha.. ok la tu.. best beraya tahun ni?
BalasPadamziarah menziarahi amalan mulia, bila lagi nak berjumpa kalau bukan di hari raya...
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!