Re : Entri asal KENAPA PUTUS CINTA ini adalah dari ariff shah. Tuan blog menyenaraikan beberapa sebab yang membuatkan LELAKI ingin memutuskan percintaan. Katanya,

Kali ini aku ingin menyenaraikan beberapa sebab/isu di pihak lelaki yang menjadi punca utama putusnya sesebuah hubungan cinta itu. Ini adalah perkara biasa dalam setiap lelaki biasa yang ada pada masa kini.

1. Lelaki tidak lagi merasakan kekasihnya cantik dan menarik. Aku guna perkataan ‘merasakan’ ni sebab benda ni macam tak berasas. Kadang-kadang si perempuan takde pun berubah apa-apa, tapi pada mata kekasihnya dia tiba-tiba kelihatan kurang menarik.

2. Lelaki ingin berfoya-foya dan tidak mahu ketinggalan mengecapi keseronokan dunia. Dalam diri lelaki, memang ada sifat dan perasaan ingin mempunyai perempuan lain dan ingin melakukan pelbagai perkara yang biasanya memang mendatangkan masalah sekiranya pasangan mereka tahu akannya. Itu memang lumrah. Yang membezakan pasangan bagus dan tidak bagus adalah mereka yang mampu mengawal perasaan tersebut dan tidak mengendahkannya.

3. Lelaki merasa bosan terhadap pasangannya. Ada satu tahap lelaki akan cepat merasa bosan bersama pasangannya. Kebosanan ini datang mungkin disebabkan mereka selalu berjumpa, selalu bergaduh, selalu itu dan ini. Rutin boleh menyebabkan kebosanan. Jadi kalau boleh jangan terlalu mengongkong lelaki itu dengan jadual tertentu atau rutin dan berikan sedikit kebebasan padanya.

4. Lelaki takut akan komitmen. Akan sampai satu tahap bila lelaki akan merasa takut tentang masa depannya. Dalam otak mesti fikir mana nak kerja, gaji berapa banyak dapat nanti, nak kasi duit pada ibu bapa dan sebagainya. Pada tahap ni, perempuan eloklah sangat kurangkan bercakap tentang kahwin dan apa-apa yang berkaitan dengannya sebab ia akan merunsingkan lelaki anda. Beri dia masa untuk berdiri dan mengukuhkan status dia, barulah boleh berbincang tentang perkara yang lebih serius secara mendalam.

5.Lelaki merasakan diri mereka terkongkong. Rasanya semua orang baik lelaki atau perempuan memang inginkan kebebasan dalam hubungan mereka, maksud kebebasan di sini ialah kalau bercakap/chat/bertegur sapa sekali dalam sehari pun cukup dah.

Pengorbanan

Dalam sesebuah hubungan percintaan, pengorbanan mesti ada. Lima perkara atas ni memang akan terkena pada mana-mana lelaki, kalau tak semua mungkin satu atau dua. Jadi untuk menjadi kekasih yang terhebat itu, pengorbanan mesti dilakukan supaya cinta itu berkekalan. Pengorbanan dalam hal ini adalah dengan tidak mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kemahuan diri sendiri sahaja sebaliknya memikirkan juga tentang kemahuan dan keinginan pasangan kita. Lelaki akan lebih bersedia untuk berkorban apa sahaja demi cinta apabila mereka melihat ada sinar dan harapan untuk hidup bahagia bersama pasangan mereka kelak.

Bila lelaki tidak kisah apa yang mereka mahukan sekarang dan hanya mementingkan kebahagiaan yang mereka akan kecapi setelah berkahwin nanti, itu bermaksud lelaki itu komited dalam hubungan cinta tersebut. 

At the end, semuanya datang daripada minda dan pemikiran lelaki itu sendiri samada ingin keseronokan sementara atau kebahagiaan yang berpanjangan.


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. tapi, bkn prmpn je kne. salu, prempuan yg buat jgk. kdg, mnde cmni, da xbole nk kte ap. sbb da mcm trend. kan ?

    BalasPadam
  2. bagaimana la rasanya orang bercinta dan memutuskan cinta ni..tak pernah rasa pom..ehe

    BalasPadam
  3. =)

    Memilih untuk sendiri mungkin adalah keputusan yang terbaek...

    Is it worth to LOVE someone?

    BalasPadam
  4. @ H.J, bila dah rasa nanti, jangan buat gitu pada pasangan awak tau.

    BalasPadam
  5. @ FYA PELANG!, trend terkini, lelaki dan perempuan hampir sama jer.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama