Pandang-pandang, jeling-jeling. Sekali pandang dan sekali jeling sahaja. Tidak boleh untuk kali kedua. Risau lain pula jadinya dan paling risau hati akan mula berkata-kata.

Bulan ramadhan, bila malam ke semua surau dan masjid penuh dengan mereka yang ingin merebut pahala mengerjakan sebanyak terlarat solat terawih. Paling minimum 8 rakaat dan paling banyak, terpulang pada kederat tuan punya badan. Tidak di wajibkan bersolat terawih di surau hatta di masjid kerana di rumah pun masih boleh di laksanakan.

Bila malam, sambil menunaikan terawih dengan penuh keinsafan, akan kedengaran sekali sekala bunyi bunga api pop, bunyi meriah buluh menambahkan lagi suasana di bulan ramadhan. Di bulan-bulan lain, tidak ada semua ini.


Bila telah lewat malam, ada yang mengambil keputusan untuk keluar makan dengan niat untuk bersahur pada jam 1 pagi. Ini bukan bersahur, tapi ini melantak makan lewat malam kerana itu bukan sahur. 

Antara hikmah sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)




2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. alhamdulillah.. hikamhnya bersahur.. semoga kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan kesempurnaan.. amin

    BalasPadam
  2. tadi terlepas dah sahur td..lebih utamakan tidor..ahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama