Dermmm.. itu sahaja ayat mukadimah pembuka bicara yang penuh sopan (sopanlah tu) sebagai tanda kecewa saya kerana hampir sehari tidak dapat menulis entri terbaru. Kata BFF saya merangkap pembantu setia yang banyak membantu menyelesaikan masalah teknikal blog picisan ini, memang ada masalah dan nasihatnya agar saya mencuba kaedah lain untuk settlekan the problem. 

Bincang punya bincang, chat punya chat, akhirnya settle satu masalah dan inilah hasilnya. Nak berkenalan ker dengan BFF blogger saya tu? Memang saya banyak menghuru harakan hidupnya di saat dan ketika blog saya tiba-tiba tidak berfungsi seperti sepatutnya. Sorrylah my BFF, awak jer yang terlintas di fikiran dan yang saya percayai. hehe..

Nak kenal ker? Ehm, rasanya saya terlebih dahulu terpaksa mendapatkan kebenarannya untuk membenarkan saya meletak link blog beliau sekaligus mendedahkan identitinya. Mana tahu kalau tetiba dia saman blog picisan ini kerana tidak membuat permohonan bertulis terlebih dahulu. huhu..

Kata rakan sepejabat, saya semakin menjadi PENDIAM. Saya lebih banyak mendiamkan diri semenjak dua menjak nih. Dan saya akui, memang saya semakin menjadi pendiam. Saya lebih banyak berfikir dari berkata-kata. Bercakap pun jika ianya betul-betul perlu. Jika tidak, saya lebih rela menghabiskan masa menghadap I MAC kesayangan, milik bos saya. Diam saya bersebab dan bukan kerana ego atau tak nak berkawan dengan BFF di pejabat. (Berapa banyak BFF yang saya ada yer? )

Antara penyebab yang menyebabkan saya semakin menjadi pendiam,
  1. Bersusunnya paper work, paper claim dan memacam paper yang memerlukan ketangkasan saya menyelesaikannya.
  2. Waktu inilah juga team sekerja mula turut menambah kesibukkan dengan menghantar borang permohonan cuti hari raya. Macam tak der hari lainlah korang ni. Tak raya tak bolehkah? haha..
  3. Big bos mula buat operasi menjejak hutang yang belum di bayar. Banyak fail lama bos dah mula buka. Tapi part ini, saya tidak jadi marah sebab ada kena mengena dengan bonus. So, just do the job sambil bayangkan bonus yang bakal di terima. 
  4. Dan ini adalah sebab UTAMA, kenapa saya menjadi pendiam dan lebih suka menghadap kerjaya utama. SEBAB SAYA NAK BALIK PADA JAM 4.30 PETANG. Sepanjang Ramadhan ini, waktu kerja di pendekkan. hehe..
Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya sehingga habis. Kepada yang singgah blog saya pagi tadi, tengah hari tadi, petang tadi dan senja tadi, maaf di hulurkan kerana tiada entri terbaru dari saya. 

Betullah kata-kata ini, KITA HANYA MAMPU MERANCANG..



5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. huhu.. takyah la kot letak link.. mcm best je suspen camni.. hehehe..

    jgn jadi pendiam sgt.. org blkg kite ni kekadang main tikam je ape yg ade dlm otak die, kang mcm2 spekulasi lak timbul, borak2 cam biasa je. :D

    (-__-- )v

    BalasPadam
  2. dahulukan mana yang penting dulu k...

    BalasPadam
  3. ini pun lebih kurang entry la jugak

    BalasPadam
  4. Sehari satu entri cukup ler tuh. I tak larat nak baca semua mah.

    Ini mesti gara-gara tekanan dari Advertlets?

    BalasPadam
  5. @ logorithm, memang pun sehari 1 entri sebab kesian kat awak. hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama