Amaran : Artikel ini mungkin mengandungi unsur-unsur ganas. Nama watak di dalam artikel ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dan jauh sekali dengan niat untuk memalukan sesiapa. Kisah yang di artikelkan adalah berdasarkan kisah benar yang sedang terjadi sehingga ke hari ini.
Nun jauh di atas bukit, tersergam indah sebuah banglo dua tingkat milik seorang usahawan dari luar negara. Menurut cerita dari mulut ke mulut yang disampaikan oleh penduduk di sekitar kawasan banglo tersebut, banglo tersebut berhantu. Disebabkan usahawan tersebut tidak tahan di ganggu oleh hantu pada setiap hari, maka usahawan tadi telah mengambil keputusan untuk menjual banglo tersebut kepada rakan niaganya.
Setelah selesai segala urusan pemindahan hak milik banglo, maka berangkat pulanglah usahawan dari luar negara ke negara asalnya. Sehingga kini, banglo tersebut masih di duduki oleh rakan usahawan tadi yang di kenali sebagai Dato ' M.
Dato' M tinggal di dalam banglo tersebut bersama dengan isteri dan dua orang anaknya. Satu upacara menghalau hantu dan segala mahkluk halus telah di adakan untuk memastikan banglo tersebut bebas dari gangguan hantu.
Suatu petang, ketika makcik Merry, makcik Kathy dan makcik Rose berjoging melintasi banglo tersebut, tiba-tiba..
M. Merry : Eh, Rose, kalau kau nak tahu, inilah banglo berhantu yang aku ceritakan pada kau tempoh hari. Kau ingat tak lagi?
M. Rose : Yang kau cerita, hantu tu gemar makan daging manusia ker ? Eish, kau ni, dah senja-senja ni, cerita itu juga yang kau nak tanya sekarang. Kalau ia pun, tunggulah lepas kita dah jauh dari banglo ni. Di buatnya kalau kita tersampuk, siapa yang susah ?
M. Merry : Dengar kata, isteri Dato M ni, sombong orangnya. Hendak berkawan pun dia memilih orang. Kalau yang tidak sama taraf dengannya, memang dia tidak pandang.
M. Rose : Mana kau tahu semua ni? Kau pernah berjumpa ker dengan isteri Dato M tu ?
M. Merry : Aku pun dengar cerita ini dari orang juga. Isteri dia satu hal, yang lebih dasyat, Dato. Aku dengar cerita Dato ada perempuan simpanan. Ada orang pernah nampak, Dato bawa balik perempuan tu ke banglo ketika isteri dia bercuti keluar negara.
M. Kathy : Tak sangka pula aku, rupanya ada lagi kes hantu yang suka makan daging manusia ni. Memang sedap agaknya.
M. Merry : Ish, mana ada lagi Kathy, hari tu Dato tu dah halau dah semua hantu dari banglo tu. Dah tak der hantu makan orang dah. Kalau ada, mana mungkin Dato sekeluarga boleh tinggal dalam banglo tersebut sampai sekarang.
M. Kathy : Ada lagi hantu yang tertinggal. Korang berdualah hantunya. Sedap sahaja korang mengumpat, mengata dan menyebarkan fitnah tentang perkara yang korang sendiri tidak pasti samada perkara itu benar ataupun tidak.
Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ……….Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya………
Har har har! Tipah tertipooo! :-D
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!