Amanah di pelihara, hobi di teruskan. Kepada yang masih bergelar pelajar, sila utamakan pelajaran anda. Pastikan kerja sekolah dan nota kuliah siap lengkap. Kepada yang telah bekerja, sila utamakan kerjaya anda .Minit mesyuarat dan gaji pekerja sedia untuk di edarkan. Kepada yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, sila pastikan semua kerja memasak, membasuh, mengemas dan mengambil anak di sekolah, selesai dengan jayanya.

Setelah semua tanggungjawap utama yang menjadi amanah selesai, barulah di teruskan hobi yang menjadi perkara wajib untuk menghilangkan stress  setelah seharian sibuk dengan tanggungjawap masing-masing.

Ada orang hobinya, memanjat gunung. Bagi mereka, jiwa dan minda terasa tenang ketika berjaya sampai ke puncak gunung. Tenangnya fikiran melihat betapa indah dan hijaunya bumi Allah swt. Hilang segala masalah untuk seketika.

Ada juga yang hobinya menulis. Bagi mereka, menulis memberikan satu kepuasan yang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi, artikel yang di tulis adalah untuk kebaikkan semua. Moga ada manfaat yang dapat di kongsikan bersama dan menjadi panduan buat mereka yang memerlukan.

Ada juga orang yang hobinya tidur. Tidak kisahlah apa hobi anda, namun perkara yang menjadi tanggungjawap utama perlu di selesaikan dahulu moga ada keberkatannya.


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. @ H.J, bagaimana boleh sama pula hobi kita yer :P hehe..

    BalasPadam
  2. setuju sangat!
    sebab tulah kena pandai bahagikan masa antara tugas dan hobi!

    BalasPadam
  3. @ Penggelap Cahaya , rajin bekerja betul awak ni. : )

    BalasPadam
  4. Hobi I membuat logo. Buat secara suka-suka jer. Tapi kekadang boleh memberikan pulangan lumayan. :-)


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] PM = Prime Minister = Perdana Menteri?

    [U] Jangan marah-marah, nanti kena jual!

    [U] Logo baru untuk Ben Ashaari!

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama