Gulp..(tertelan jus epal ) Puji orang perlu ikut hukum dan batas-batas ke ? Kenapa perlu ikut ? Jom kita baca hingga habis bermula dari no. 0 hingga 13. Bukan apa, hope kita faham dengan jelas agar mudah untuk kita praktikkan nanti.

0. Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal, jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak, dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!

1.Jika nak memuji sebaiknya korang kenal benar dengan orang yang dipuji, takut dia riak takkabur pun susah jugak.

2.Dalam bab ilmu hidup, manusia dahagakan pujian, anak anak, pekerja, isteri, jiran dan siapa sahaja, memerlukan pujian untuk menjadi asbab lebih bersemangat, so puji jer anak korang yang rajin, bini korang yang setia dan pekerja korang yang tekun. Isteripun, tak salah puji suami di ranjang-woha!

3.jangan puji melampau sampai tahap memuja, elok benar simbah tanah ke muka, contoh, “jika sehari aku tak baca blog kau Hamka, aku akan mati,” Nampak jelas benging dan syirik! elok mampos baham tanah!

4.Pastikan peratus pujian korang kepada Allah, lebih dari pujian korang kepada manusia, jika korang dapati korang lebih banyak memuji manusia daripada Allah, berdiam diri lebih baik.

5.Jangan puji orang yang orang benci depan orang yang benci tadi, faham tak? Maksud aku, jika bercakap dengan orang Pas, jangan puji Umno, nanti mereka akan buat dosa (mengumpat, mengamuk dan merusuh) sama jugak orang Pas, jangan puji DAP depan orang UMNO, nanti mereka jugak akan buat dosa yang sama seperti kamu. Woha!

6.Orang melayu dulu, jika suka: diam, dan jika tak suka: Mengumpat atau mengutuk, kita tukar cara kebajikan, eh silap, cara islam, jika suka: puji, jika tak suka: diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)

7.Jika ada orang islam sedang dihina, diumpat, di keji, dan korang berada di tempat kejadian, maka selamatkanlah maruah orang itu dengan memujinya (tafsir hadith riwayat Abu daud dari Jabir bin Abdullah)

8. “Apabila membayar hutang, bayarlah bersama pujian”. (ringkasan hadith riwayat Nasai dari Abdullah Abu Rafiah)

9.Hadith yang orang UMNO suka quote: Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah(riwayat tarmizi), korang tafsir sendiri dengan ustaz pilihan korang.

10.Jika tak nak puji orang selepas menerima pertolongan, memadai dengan ucapan “jazakallahu Khairan”, ringkasan Hadith riwayat Usamah bin Zaid.

11.Berhati hatilah dalam memberi kritikan, dan bermurah hatilah dengan member pujian, (Dale Carnegie)

12.Jika nak puji depan atau belakang, jangan puji dengan niat supaya orang tu kembang lubang hidung, (riak), tapi pujilah dengan niat supaya orang lain dapat manfaat dari pujian tadi, contoh: “Kedai ali tu bagus, barang murah dan berkualiti” pujian macam ni tersangatlah boleh pahala sebab orang lain akan dapat manfaat dari pujian ini dengan pergi kedai ali, contoh lain, saya suka artikel keretamayat kerana.., korang sambung sendiri tapi pastikan niat korang kerana Allah dan agar orang lain dapat manfaat dari pujian itu. Eh, kenapa lubang hidung aku kembang semacam?

13.Ada doa khas Nabi ajar kepada mereka yang menerima pujian, hujung entry aku tulis.

p/s : Kepada yang ingin mendapatkan doa khas, sila klik sini.  Kepada En. Kereta Mayat, terima kasih di atas artikel yang amat berguna untuk di gunapakai ketika saya hendak memuji orang nanti. hehe..

p/s no.2 : Semenjak Jambatan Ke2 di Pulau Pinang tengah giat dan lancar di jayakan, jalan raya di sekitar bulatan Bukit Jambul, jalan Menghala ke Jambatan Pertama dan jalan Bayan Baru sedang mengalami kesesakkan lalulintas yang amat teruk ketika waktu kemuncak. Dinasihatkan kepada semua pemandu, sila tingkatkan tahap kesabaran anda. Woha...


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Tia tak berapa selesa kalau kena puji . mulalah segan , tunduk . maluuuuu . nice sharing :)

    BalasPadam
  2. @ tia @ Ini Kisah Tia, eh..kita berdua ni sama jer..hehe..

    BalasPadam
  3. yessss! kereta mayat tu adalah makanan harian.. hiksss....

    BalasPadam
  4. Salam bro.. kalau puji isteri kawan cantik terutama matanya... apakah hukumnya??

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama