" Mana anak tak guna tu!!" 

Laung Datuk Helmi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam banglo mewahnya. Liar mata Datuk Helmi mencari anaknya. Merah padan muka datuk kerana menahan rasa marah yang amat sangat.

" Lisa dalam biliknya abang. Abang, apa kita nak buat ni abang. Lisa anak kita mengandung abang. Lisa mengandung abang." Datin Haliza menangis menceritakan masalah yang sedang mereka hadapi. 

Langkah Datuk Helmi menuju ke bilik Lisa. Di ikuti oleh Datin Haliz di belakang. Pintu bilik Lisa yang tidak berkunci di buka kasar oleh Datuk Helmi. Datuk Helmi terus menyerbu Lisa sambil menarik rambut Lisa dengan perasaan marah.

" Hei, anak tak guna. Baik kau cakap, siapa jantan sial ni. Beritahu aku, siapa bapa anak sial kau ni!!"

Lisa yang terkejut dengan tindakan ayahnya hanya menahan kesakitan akibat di perlakukan sebegitu. Akibat rasa marah yang amat sangat, Datuk Helmi menyepak pipi Lisa dan Lisa jatuh terduduk di sisi katil.

" Abang! Abang nak bunuh anak kita ker bang. Budak ni mengandung abang."

Datin Haliza menghalang Datuk Helmi dari terus memukul Lisa. Bukan ini jalan penyelesaian yang di harapkan oleh Datin Haliza. Bukan.

" Ini semua kau punya pasal Liz. Aku suruh kau jaga anak tapi kau sibuk dengan bisnes kau. Macam tak cukup makan pakai yang aku bagi. Ini semua salah kau!!"

" Abang, sampai hati abang tuduh saya punca semua masalah ini. "

" Ahhh!!!! Yang aku tahu, sekarang ni, anak sial itu harus di gugurkan. "

" Abang dah gila ker bang. Bayi dalam kandungan anak kita tu dah berusia empat bulan. Dah ada nyawa. "

" Aku peduli apa. Kau jangan beri Lisa ke mana-mana. Kurung Lisa sehingga aku dapat mencari klinik untuk gugurkan kandungan itu. Kau faham Liz!!"

Di heretnya Datin Haliza keluar dari bilik Lisa. Pintu bilik Lisa di mangga dari luar. Datuk Helmi benar-benar telah naik hantu dengan berita buruk mengenai Lisa.

Lisa masih menangis menahan kesakitan fizikal dan mental yang dirasakannya. Sungguh Lisa tidak sangka, ayahnya sanggup melakukan sebegitu terhadapnya. Lisa amat takut memikirkan apa yang telah ayahnya sebut sebentar tadi.  


# bersambung...





4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. ala..sikit sgt part 1 nya.. cuba panjangkan sikit biar org xkeliru..n xbosan nak tgu part seterusnya..

    btw...good job!

    BalasPadam
  2. @ cik liyana, biasalah dah nama pun blogger (tiru ayat gambit..) awak sabar yer. TQ sebab sudi baca.

    BalasPadam
  3. tang bersambung tu mmg menganggu emosi,,... huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama