Itulah soalan yang pernah aku terima satu hari tu. Mungkin sebab mereka pelik melihat kenapalah aku tidak bosan mengadap blog ni. Aku kata blog ni berhantu. Ada saka. Sebab tulah bila aku mula jer log in, susah hendak log out. Hinggalah ke satu tahap, aku di boikot gara-gara tak nak join 'lunch' bersama mereka. Begitulah blog punya penangan.
Bila di selidik semula, kronologi kenapa wujudnya blog aku ialah kerana hobi gemar membaca aku. Bila aku dapat sesuatu info yang aku rasa patut di hebahkan pada rakan-rakan yang lain, aku terpaksa bercerita. Ada juga yang minta aku photostate atau emailkan kepada mereka. Lama kelamaan bila dah terlampau banyak info yang saya perolehi,..
" Ini tak boleh jadi. Satu kerja pula nak email. "
One day saya beranikan diri untuk create a blog. Berdebar-debar ketika kali pertama log masuk ke blogger.com. Walaupun telah tertulis, IT'S EASY, tetapi itu tidak mampu untuk menghilangkan rasa gementar kali pertama create blog tanpa sebarang ilmu blog.
Tekan itu, pilih ini, pratonton itu, tahu-tahu saya dah ada blog! Punyalah happy. Untuk hari itu jer, entah la berapa artikel yang aku publish.
" Dalam bahasa perancis, kalau nak kata terima kasih cam na yer? " tanya rakan saya.
" Herm.. cer kau masuk blog aku. Search kat sana. Konfem jumpa." memang awesome perasaan itu.
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca artikel untuk kali ini. Blog jika di gunakan dengan cara yang sepatutnya dapat membantu mereka yang tercari info. Membantu rakan hilangkan rasa stress. Dan juga membuat mereka tersenyum sorang diri depan komputer bila cerita aku terkena pada diri mereka.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!