Masalah A,

" Isteri aku ada lelaki lain. "

" Isteri aku lagi advance, dah berani berdating tanpa pengetahuan aku. "

" Isteri kau? Biar betul! Aku tengok isteri kau tu jenis pijak semut tak mati tu. Golongan isteri baik-baik, isteri contoh."

Masalah B,

Sambil menangis, lap-lap air mata yang mengalir, Mia mencari kekuatan untuk berbicara dengan Ustaz Elias.

" Ustaz, suami saya ada perempuan lain Ustaz. Dia nak kahwin dengan perempuan tu Ustaz. Kami dah ada anak sembilan orang Ustaz. "

" Puan, tu masalah biasa orang lelaki. Yang tidak biasanya, jika dia ada jantan lain Puan. Tu memang luar biasa dan boleh dilaknat oleh Allah swt." 

Greenappleku,

Rasa lucu dengan jawapan Ustaz dalam Masalah B di atas. Lain yang di adu, lain pula jawapan yang diperolehi. Niat di hati hendak meredakan masalah yang sedang di hadapi tetapi jawapan Ustaz tersebut boleh bikin hati marah jer. 

Bertenang wahai kaum sejenisku. Ada betulnya juga komen Ustaz di atas. Masalah suami ada perempuan lain adalah antara masalah yang biasa kita dengar dan baca. It's a normal thing yang akan terjadi dalam alam rumahtangga. Kalau tidak terjadi pada kita, mungkin pada adik beradik kita mahupun kawan-kawan kita. Kita manusia yang punya banyak kelemahan diri walaupun kita rasa kita lebih baik dan lebih hebat dari si polan. 

Tidak kurang hebatnya juga dengan Masalah A. Sekarang ni, kalau setakat terdengar isteri si A ada skandal dengan suami orang. Perkara biasa. Perempuan sekarang kan memperjuangkan yang wanita mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki! 

How to solve this problem,


Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1! 

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu bapa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!


7 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. susah nak komen sebab blum menempuhinya lagi.

    harap harap nnt tiada masalah mcm ni

    BalasPadam
  2. @ Ayen, bertenang ayen. Jangan takut. Allah kan ada.

    BalasPadam
  3. @ delarocha, Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!

    Saya suka ayat tersebut. To me, bila orang dah tak suka, buat apa nak semak kepala fikir masalah itu lagi. Ternyata dia bukan CINTA NO.1.

    Welcome to reality.

    BalasPadam
  4. Salam GreenAppleku , macam-macam situasi masyarakat sekarang ni. Lelaki atau wanita, keduanya diuji sama hebat. Sekiranya cinta dibina atas dasar keimana pasti dapat kita menghindari hal-hal seperti ini. InsyaAllah..

    BalasPadam
  5. salam green apple..
    hanya cinta pada Allah yang kekal abadi....

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama