Salam ceria semua. Artikel kali ini kita akan berbincang mengenai sabar. Merujuk kepada kamus komprehensif Bahasa Melayu, perkataan sabar membawa maksud kuat menahan penderitaan, tidak lekas marah atau putus asa, tidak terburu-buru atau terkejar-kejar, tidak mudah berasa risau malahan tenang.
Menurut Imam al-Ghazali, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga;
- Yakin sabar ketika hendak memulakannya.
- Semasa mengerjakannya.
- Dan selepas mengerjakannya.
Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah. Jangan sekali-kali mengharap pujian, pengikhtirafan dan penghargaan daripada manusia. Dengan kesabaran kita mampu menangkis sifat riak atau syirik kecil sebelum melakukan sesuatu ibadah.
Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya apabila menutup aurat, tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa (buat pertama kalinya), disindir orang dan sebagainya. Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.
Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada bersifat riyak (menunjuk-nunjuk), sum'ah (suka mendengar pujian) dan ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri).
Menurut Iman al-Ghazali, sabar diperingkat inilah yang paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan menipu lalu terhapuslah segala kebaikkan yang dibina.
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasullullah s.a.w telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah di tolak amalannya kerana tidak ikhlas.
Moga sedikit ilmu yang telah dikongsi bersama dapat dijadikan panduan untuk kita sama-sama menyemak dan memperbaiki diri kita hanya kerana untuk Allah s.w.t.
salam kak
BalasPadamnice entri, semoga saya dapat menjadi insan yang bersabar melakukan kebaikan =)
wah bagus ni.. Thanks sebab kongsikan sini. Insyaallah akan dipraktikkan :D
BalasPadam@ Mohamadazhan, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yg lebih sabar dari semalam. :)
BalasPadam@ Akid, if there a will, there always a way...Insyaallah, you will find your way.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!