Mata yang buta tidak dapat menarik perbezaan antara yang benar dan yang salah. Semuanya sama sahaja. Mata yang buta selalu sahaja bermaksiat kepada Allah. Mata yang buta tidak dapat menyaksikan kurniaan Allah.
Allah menunjukkan kepada kita, hati juga dapat membutakan mata. Maksudnya, mata kita masih dalam keadaan normal. Akan tetapi, di hadapan Allah, kita seperti orang yang buta. Kita berjalan tanpa tujuan di alam fana ini. Kita tidak dapat melihat jalan yang kita lalui. Kita terus berjalan tanpa arah dan tujuan yang jelas. Adakah kita mahu begitu sepanjang hayat? Adakah kita mahu tersesat dalam perjalanan dunia?
Oleh sebab itu, buka hati kita. Bersihkan hati kita. Dosa-dosa kita sudah menumbuk setinggi gunung. Jangan menambah tumpukan itu. Kita sudah terlalu lama sesat dalam kegelapan. Jangan menambah tumpukan itu. Kita sudah terlalu lama sesat dalam kegelapan. Sekarang sudah tiba masanya kita mengubah masa kegelapan menjadi masa yang terang dan penuh kebahagiaan.
GreenAppleKu : Projek terbaru yang terlintas di fikiran saya semalam ketika rumah mak saya terputus bekalan elektrik. Sambil baring atas katil tengok siling didalam bilik yang suhunya, dah ala-ala sauna, tetiba tercetus idea untuk menulis cerpen.
Berdasarkan gambar, hadis dan pesanan di atas, cerpen itu mengenai kisah tiga remaja wanita, Lisa, Mia dan Dania yang hidup dalam konspirasi keluarga tersendiri. Pelbagai masalah dan ujian yang tidak mereka sangka, terpaksa mereka harungi.
Tengah blurr memikirkan tajuk cerpen yang bakal meletup ni. Sebab itulah, saya dengan ini memohon kerjasama semua yang saya tahu punya idea yang tidak kurang hebatnya, memberikan tajuk kepada cerpen saya tersebut. (Kenapa saya rasa seperti menulis surat kiriman rasmi pula nih..)
Jangan malu dan segan untuk beri idea ya. Tak baik kedekut tau.
Nota : Ada hikmah di sebalik setiap ujian yang Allah turunkan. Black out punya hikmah dapat idea create cerpen. Cool.
nak tajuk eaa..
BalasPadam"Tiga" ok tak..
sbb mereka bertiga hehehe
salam kak, teruskan menulis mungkin akan membuka laluan baru ke arah yang lebih hebat! =)
BalasPadamPerodua Myvi 2011 Menggunakan Enjin 1.5L Bakal Dilancarkan (GambarMenarik)
as salam..
BalasPadamcerpen? versi biasa atau islamik?
bloackout mujahidin?
huhu..kalau nak beri tajuk yang best, kena tengok dulu sinopsis. yang penting, klimaks dengan endingnya..
huhu..baca info untuk isinya, hm..blackout mujahidin?
mereka berusaha mengeluarkan diri mereka dari 'dunia gelap' masing2?
saya ni biasa2 je..idea ni,mungkin boleh gunapakai sikit gaya garapan dari karya saya kat mingguan malaysia tahun 2008 bertajuk 'konserto mujahidin'.
kalau ada perlukan idea dsb, saay boleh bantu mana2 yang termampu.
=)
" Liku Kehidupan "
BalasPadamSaya Cadangkan Tajuknya : Konspirasi 3 Alam Remaja
BalasPadamSedap dan manis water melon ni...hehe..
BalasPadamSemua idea di atas telah di publishkan di sini tetapi masih dalam usaha mengumpulkan idea, idea dan lagi idea..
Sambung makan watermelon..nyum..nyum..
Tiga Dara Pingitan
BalasPadam(ini katun popular majalah ujang masa kecil-kecil dulu)
mana tau awak boleh tulis cerita lawak dan sadis dan ...
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!