Selagi ada orang yang sudi menegur itu tandanya masih ada orang yang sayangkan kita. Masih ada orang yang ambil kisah tentang diri kita. Masih ada orang yang kasihkan kita. Walaupun mereka ini bukan di kalangan best friends kita, ahli keluarga kita hatta suami kita sendiri. Credit to Solihin Zubir, untuk 13 alasan berikut.
TUTUP AURAT TU WAJIB.. |
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
LIKE2!! hehe.. urm..ni kalau bagi ngn hadis n ayat Quran cket, mmg mantap la.. anyway, thnks shre bnda nih.. :)
BalasPadamKalau dah tak suka, macam-macam alasan yang diberi...
BalasPadamJom Sertai Cabaran Ni.
@ Blackroses, kalau nak dengan hadis yg lengkap, sila terjah blog Solihin Zubir. ; )
BalasPadam@ Sharif, tu lah, kalau tak nak lebih baik diam jer bukan apa risau terlajak kata jer..
BalasPadamklu dah tak suka pakai tudung, mcm2 alasan diberi
BalasPadam@ delarocha, dah berubah gambar profile..hehe..
BalasPadamkebanyakkan begitu..
BalasPadamhanya segelintir tidak..
btw..hati mesti bersih.. ;)
iman penuh didada! :D
kak..best entry..
suke.. =)
@ Quca, memang pandai adik akak yg sorang nih..
BalasPadamsetuju ngan entri ni...
BalasPadamsis,sy da 1 kwn(MELAYU ISLAM) sama skolah dulu,mmg dewasa ni seksi melampau..dia dgn bongkak selar org tegur dia pakai short+blouse serupa kafir sebagai tipikal org kampung...
entah pa jadi ngan mereka mcam ni...btw mmg suka entry ni..nak mohon share...
ohh,dh pernh baca ni dulu..bagus2.
BalasPadampendekatan yang bgus!
most of them... but..selagi kita didunia berpesan2lah dengan kebenaran.. mana yang tak betul kita tegur... walaupun rasa kita sendiri tak betul..
BalasPadamKata Yang Terucap.... Tak Dapat Ditarik Kembali
@ Mariani, permohonan di luluskan dengan hati yg gembira. Nak tegur kwn2 ni kena ada caranya juga. Salah tegur terputus pula tali persahabatan. Jika dibiarkan, kesian pula tgk kwn kita tu. Doa jer lah, moga Allah cepat buka kan minda dan hati mereka.
BalasPadam@ sesegar, mesti awak baca kat blog Solihin Zubir kan..hehe..
BalasPadam@ Ms Ann, sebagai manusia tak kan ada yg perfect 100% kecuali Nabi. Setiap hari kita perlu memperbaiki diri sendiri yg tak betul di samping menasihatkan juga kpd mereka yg masih tercari-cari identiti diri sebagai Islam. Tq, for your komen..
BalasPadampergh betul2 tepat ke muka ni advice ni. cool! :D
BalasPadamtulaa org kata,pompuan memang senang nak masuk syurga dan senang jugak nak masuk neraka,betul x?...
BalasPadam@ Akid, lepas ni konfem akan ada lagi alasan yg no. 14 pula..grrr..
BalasPadam@ Ayen, herm..betullah tu dan yg aling sedih sekali perempuan juga boleh mengheret kaum lelaki utk sama-sama ke neraka... ishhh..
BalasPadameee..geram pulak dgn alasan bodoh cm ni..skt gile hati..
BalasPadamsememangnya wanita menutup aurat.. kita yg islam ni tak tutup aurat.. org kristian kt arab pn tutup.. siap pkai purdah lgi.. malu kt diorang la
BalasPadamHahahah....
BalasPadamNanti memang ramai penghuni neraka terdiri dari kaum.... hehe...
ASCA... it's my name laa... haha
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!