Kecoh benar dunia blog sekarang nih. Tapi yang lebih drastik, ada juga yang minta blogger jangan follow blog seseorang. Kenapa perlu jadi sampai sebegitu. Adakah anda telah terlupa, kita hidup di negara yang mengamalkan demokrasi iaitu pilihan di tangan kita. Kita ada hak untuk buat pilihan, hari ini aku nak follow blog Ben. Esok aku nak follow blog Jejaka Terhangat, lusa blog Red Mummy, tulat pula blog Mazidul.

Blog GreenAppleKu tak payah follow sebab bukan best pun. (Saya juga pernah terkena tempiasnya but i dont care. Blog aku, aku tetap nak post entri ilmiah, entri artikel blogger lain, entri mari bertekak dan bla..bla..bla) Dan saya tetap akan follow blog blogger lain kerana saya bukan jenis blogger yang suka berpuak-puak. Jenis yang nak follow blog yang dirasanya setaraf dengan blog dia. Kira blogger pilih bulu ler ni.

Seriusly, minta hentikan perangai seperti itu. Dunia blogger ni memang luas tapi tidak mustahil one day, blogger yang anda minta jangan di follow blog nya akan terbaca juga blog anda. Ehm...

Kalau kita mahu setanding dan mahu blog kita terkenal seperti mereka, usaha dan terus usaha. Kreatifkan tektik mempromosi blog sendiri dengan cara dan jalan yang baik. Bukan dengan tektik kotor.

Dah ler, malas bebel panjang-panjang. Korang semua dah besar dan matang. Dah boleh fikir mana baik dan mana yang tidak baik. Peace no war in blogger world!!..


11 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. setuju..
    tak baik nak busok hati dalam
    dunia blog ni..

    i pon hanya blogger cipisan.

    :)

    BalasPadam
  2. hoho.. ade yg buat entri psl jgn folo ben ke?? brani mati betul dia.. kan dah kena bebel ngan GA... :p


    latest -
    Follower Dan Visitor Tetap

    BalasPadam
  3. dorang nie blogger2 baru cik GA p2 dengki ngn orang..adoii, pening jgk kita klu dok layan dorang.

    klu nk femes ke traffic tinggi kena pndi2la guno otak tu..be creative & smart..klu asyk dok dengki n jeles xjadi..hohoho...

    follower xmenjanjikan ape2..yg penting kandungan entri & kebijaksaan kita dalam menarik para pembaca utk dtg ke blog kita. pening2 ngn dorang nie..

    BalasPadam
  4. ye lah kan GA. Suke ati kite la nak berfikiran matang pun..hehehe

    BalasPadam
  5. ehhh..ada orang suruh camtu ke? manusia..manusia..penuh dengan hasad dengki je..

    BalasPadam
  6. diorg nie ada PHd yang tak laku... sbb tu diorg jd mcm tu..

    BalasPadam
  7. Tq kepada yg sudi komen di blog picisan guwe. Walaupun ada komen dari blogger yg berani komen tapi tak suka letak link blog yg kata guwe ni kipas en. ben, guwe terima je dgn hati yg terbuka.

    Maaf ler guwe terpaksa delete komen tu sebab tak nak panjangkan benda2 yg merosakkan dunia blog nih.

    BalasPadam
  8. Ada jg ke blogger camni? Dibayar kot spy jgn follow blog org lain. Dengki2...ish...teruk sgt!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama