Apa kes pula ni. Dah macam iklan menabung simpanan BSN yang pernah saya lihat pada suatu ketika dahulu. I'm not sure samada korang ingat atau tak lagi pada iklan tersebut. Okay stop merapu!

One night, saya singgah ke  klinik. Kurang sihat dan disebabkan saya sudah tidak dapat menahan  rasa gatal dan sakitnya tekak bila makanan yang ditelan nak go true, mahu atau tidak, terpaksa juga ke klinik. Selalunya saya just ambil gula-gula ubat batuk woods tiap kali tekak rasa kurang selesa tapi not this time. Virus yang agak ganas telah menyerang tekak saya. Setakat ambil gula-gula..apa kes (penuh riak cakap en. virus)

Selepas daftar nama dan sementara menunggu giliran, saya ushar-ushar gelagat orang sakit yang turut sama sabar menanti nama di panggil. Ada yang kes cuci luka sebab jatuh motor. Dah terpaksa seret kaki untuk berjalan. Di siku pun berbalut juga. Sakit tu.

Ada kes anak demam, emak dan ayah muka tension fikir tahap kesihatan anak. Mana tahu kot-kot kes denggi ker tapi si anak saya lihat releks jer main game dalam handphone. 

Sempat juga borak kosong dengan pasangan family yang anaknya deman tu. Kata mereka, cuaca sekarang dah tak seperti dahulu. Contohnya hujan, kalau zaman dulu setakat basah kuyup dek kena hujan, susah nak deman. Berbeza dengan sekarang, kena hujan sikit jer, kalau balik tak mandi basah kepala, konfem demam.

Saya kata, ini semua mungkin disebabkan oleh perubahan alam sekitar. Pencemaran sana dan sini. Kes nuklear lagi. Kualiti udara menjadi semakin tercemar dan ini sekaligus menyumbang kepada masalah kesihatan.  Oksigen yang kita sedut dah tidak fresh seperti dahulu.

Bila sebut tentang hujan, ini mengimbau kembali zaman saya tinggal di asrama pada suatu ketika dahulu. Hujan adalah cuaca yang amat di gemari oleh saya dan rakan kongsi hobi. Lagi lebat hujan tu lagi kami suka. Sebab apa, sebab boleh mandi hujan beramai-ramai. Jeritlah sekuat mana. Ketawalah sekuat mana pun tak de sesiapa nak marah sebab kan hujan lebat. Dengan kilat sabung menyabung, yang peliknya kami boleh bersuka ria mandi hujan. Kalaulah kena panah dek petir pada masa tu, konfem warden asrama yang akan di persalahkan. Haha..


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. semakin maju, kita semakin lupa menjaga alam sekitar.. suhu kat Malaysia ni pun dah panas..x tahan rasanya..

    BalasPadam
  2. @ betul tu zalin, saya pun tak tahan panas sebab kalau dah terlampau panas, boleh sakit kepala di buatnya walaupun saya bertudung. Yang tidak bertudung tu, lagilah..tah migrain per..haha..

    BalasPadam
  3. Salam.....;-)
    Budget u berape? hehehe..;-)
    Well, sebenarnye...it's up to you la babe...;-P

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama