Perbuatan membunuh diri ini merupakan salah satu dosa besar dan dia akan diazab di akhirat kelak nanti sebagaimana cara dia membunuh dirinya di dunia. Daripada Abu Hurairah radiyallah ‘anhu bahawa baginda nabi sallalh ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya”

(HR al-Bukhari dan Muslim)


Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.


Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.



GreenAppleKu : Adakah bunuh diri merupakan jalan yang terbaik untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah? Bagaimana pula dengan nasib keluarga yang ditinggalkan. Belum lagi di ambil kira dengan perasaan sedih seorang ayah dan ibu yang kehilangan anak dengan cara bunuh diri. 


Dari segi pandangan masyarakat, ada yang menyatakan jenazah orang yang mati bunuh diri kuburnya perlu diasingkan. Majlis tahlilnya tiada siapa yang sudi hadir. Ehm, jangan begitu. Yang pergi tetap pergi. Berilah sokongan kepada keluarga si mati kerana ianya tidak salah dari segi agama. Boleh rujuk ceramah agama Ustaz Kazim mengenai isu ini.



2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. apa apa pun, bunuh diri bukan penyelesai masahalah, malah mungkin makin menyusahkan lagi~

    BalasPadam
  2. bunuh diri ni akan menyusahkan pihak lain.jangan la kita mati dalam keadaan menyusahkan orang lain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama