Merujuk kepada entri saya (kes tiup penutup angin tayar hilang sebab di kebas orang), saya telah mengambil langkah susulan dengan menelefon seorang tokei bengkel baikpulih kereta. Waa, ramai benar tokei yang saya kenal yer. Tadi tokei car wash, sebelum tu tokei cat kereta dan sekarang tokei bengkel baik pulih kereta pula. 

Pepatah ada menyatakan, berkawan biar seribu, musuh jangan di cari. Erk?!! Walaupun pelik bunyi pepatah tu tetapi ada kebenarannya. Ahaks!!

Selepas saya mengadu lebih kurang pada tokei tersebut, akhirnya dia minta saya datang ke bengkelnya untuk mendapatkan penutup ganti. Saya terpaksa mengadu padanya setelah kebanyakkan kedai spare part, kedai eksesori kereta yang saya tinjau, tidak menjual yang jenis biasa (getah yang berwarna hitam tu). Yang ada hanya jenis aloi. 

Difikir-fikirkan semula, kalau saya beli juga jenis yang sama, konfem kes kecurian ini akan berterusan. Pencuri yang terlibat akan tersenyum kegembiraan dan seterusnya menjadikan kereta saya sebagai sasaran untuk dia mendapatkan bekalan penutup angin tayar kereta jenis aloi. Yelah, hari ini dia curi, esok saya beli baru. Malam karang dia akan curi lagi dan esok saya beli yang baru. Grrrr..sampai bila asyik nak kena beli nihhh. Kalau koranglah, korang buat apa ?

Pesan tokei bengkel tu pada saya," Lain kali kalau hilang lagi, you jangan susah hati, mai cari brother. Gua kasi free sama lu. Benda kecil punya hal maa. Ini benda kalau lu tarak letak pada tayar, boleh kena saman ooo." 

" Terima kasih banyak brother. Okay next time kalau hilang lagi, wa sudah tak susah hati sebab wa tahu ada orang yang baik hati mau tolong sama wa. Moga bisnes brother bertambah maju. "

" Haiya lu, ini kecil punya hal lo. Lagipun wa punya stok banyak. Orang sekarang suka pakai yang jenis aloi tu. Tapi lu punya kes, wa rasa tak payah pakai lorrr..haha.."

Siapa kata, melayu dan cina tidak boleh bersatu? Selagi ada rasa hormat pada budaya, adat dan kepercayaan kaum lain. Ini tidak mustahil. Hanya mereka yang benar-benar memahami tiada faedahnya untuk kita sombong, bongkak atau rasa diri bagus, merasai betapa seronoknya berkawan.

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. sokong!! Takde sebab pun kita tak boleh bersatu dengan lain bangsa.. Kalau ada yang kata tak boleh, maknanya dia racist..

    Yang saya rasa kelakar, bila ada yang berpegang kuat pada agama kita tapi racist sedangkan dalam islam sendiri dah suruh kita berbuat baik sesama insan tak kira bangsa atau agama. Serius meluat dengan orang macam ni

    BalasPadam
  2. ewanrani singgah sini baca entries yang best..salm kenal..jom singgah kat ewanrani..hehe

    BalasPadam
  3. Ada jugaye species yang suka benda benda macam tu ye...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama