Pergghh..sungguh saya tidak sangka yang saya akan terjumpa dengan orang yang berpendirian sebegini. Kenapa? Katanya..

" Em..terus terang saya katakan, gaji saya tidak banyak. Cukuplah untuk saya bayar ansuran rumah, kereta, dan beri pada ibubapa saya. Bagi saya perkahwinan bukan untuk suka-suka. Ianya adalah tanggungjawab hingga ke akhir hayat. Buat apa kita nak ambil anak orang (berkahwin) sedangkan kita tahu, kita memang tidak mampu. Saya tidak sanggup untuk menyusahkan pasangan saya. That's not me." terangnya pada saya, serius.


" Eh..you tahu tak, rugi tak kahwin nih. " usik saya.


" Ehm..biar saya sorang yang rugi. Asalkan pasangan saya tidak rugi. "


" Habis tu, takkan sampai ke tua you tak nak kahwin."


" Kalau ada jodoh pun, biarlah selepas ansuran kereta saya dah cash."


Saya hormat dengan pendirian dan pegangan hidupnya. Tidak ramai lelaki yang ada sifat macam tu sekarang nih. Sesetengah dari kita, ada yang berkahwin sebab malu dikatakan bujang terlajak ataupun anak dara tua. Ada juga yang berkahwin sebab mak dan ayah dah teringin sangat nak menantu. ( Ini kes makayah malu pada jiran, takut di'chop' anak teruna ataupun anak daranya tak laku)

Kata orang, rezeki kerja Allah. Betul. Tapi kalau dah tahu memang tak mampu buat apa nak jerat diri sendiri. Belanja kahwin sekarang nih, bukan murah. Kalau murah, kenapa ada yang terpaksa buat personal loan semata-mata nak kahwin. Lepas kenduri kendara, mulalah pening kepala bila tengok senarai hutang dah tambah satu lagi! 

Mungkin inilah salah satu sebab yang kerap sangat kita dengar, tahun ini kahwin tahun depan dah bercerai. 



8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. orang tak akan berhenti bertanya kan...bila dah tak kawen2 sebuk tanye bila nak kawenn...

    bila dah kawen, sebuk tanye bila nak beranak...lepas 2 sebuk tanye anak sekolah mane, result berape...bila nak kawen..bla bla bla...turun temurun soklan tuh jugak la...hurmmm

    BalasPadam
  2. kadang-kadang kesian kat laki zaman sekarang sebab ramai yang tangguh untuk berkahwin sebab kos untuk berkahwin sangat tinggi.lagi-lagi bila pihak perempuan terlalu demand.

    BalasPadam
  3. Bagusnya lelaki nih! Tapi rezeki tu Allah yang beri... bukan manusia yang beri, kita tak tau masa depan. buat dulu baru kata, sebab setiap perkahwinan itu Allah dah janjikan rezeki... kaya tu ujian... miskin pun ujian... tu semua dah tertulis.. InsyaAllah, kahwin tu sunah Rasul, pasti ada berkat...

    BalasPadam
  4. @ azi nur, sebagai manusia, kita tidak akan lari dari menghadapi ujian kehidupan dan soalan2 cepumas dari masyarakat yang amat prihatin..

    BalasPadam
  5. @ storyfromme, yang pihak perempuan gi demand nih kenapa. Bukan apa, kesian kat orang yg saya temuramah nih. hehe..

    BalasPadam
  6. @ Huszaini, lelaki nih takut nak kahwin sebab dia rasa dia tidak mampu dari segi ekonomi. Sekarang nih, kenaikkan harga barang dah tiada belas kasihan dah. Agaknya bila ler pula kita nak dengar penurunan harga barang. Terutamanya petrol. erk!!!

    BalasPadam
  7. hehe saya skong sangat dgn title entry kali nie..

    kalo fikirkan kalau kahwin tu bole membebankan pasangan, lebih baik tangguh dulu niat..

    BalasPadam
  8. kalau nak kahwin tu pastikan takde hutang,takot nanti pasangan jadi mangsa..

    KadKahwin?

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama