Kau masih cantik seperti dulu
Saat bersama kujumpa dengan mu
Terasa ingin ku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka

Jangan ditunggu
Pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya


Sesekali dengar lagu nih best juga. Klik lagu kat bawah sambil layan baca entri saya nih. Banyak moral of the song yang boleh kita perolehi. Pernah terserempak dengan bekas kekasih tak? Tak kiralah bekas kekasih semasa sama-sama belajar kat u mahupun sama tempat bekerja. 

(OMG! Itukan x aku. Waa..dah ada family rupanya. Em..cantik/hensem lagi aku dari isteri/suami dia.)

Dan bersalam-salaman dan bertukar-tukar nombor handphone dengan masing-masing berlagak matang. Sesekali sekala, mulalah call tanya khabar. Flash back semula segala sejarah cinta yang tidak kesampaian. Dan ada yang berjaya menyambung semula kisah cinta yang pernah terhenti suatu ketika dahulu.

Em..tak patut. Tak patut. Yang berlalu biarkanlah ianya tertutup kemas. Tidak perlu nak buka semula. Matangkan fikiran dan tindakan. Dulu lain, sekarang dah lain. Masing-masing dah ada komitmen tersendiri. Seperti yang Flop Poppy nyanyi tu..

Jangan ditunggu
Pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu



4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. sesuai sangat untuk cinta monyet nih ... :D

    BalasPadam
  2. ada benda tepi tu kacau nk tulis2 dkt shoubox la kak..=)..PC saya tak nampak shoutbox akak..widget apa..=)

    dh letak akak dlm bloglist..nanti sy rajin terjah..=)

    BalasPadam
  3. setia pada seseorang yang sayangkan kita.bukan pada orang yang kita sayang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama