Dalam dunia ini, dalam menempuhi hari demi hari kehidupan kita, konfem kita akan bertemu dengan pelbagai gelagat manusia. Ada yang kaya, ada yang hebat, ada yang hensem, ada yang cantik, ada yang ligat dan pelbagai kategori lagi yang ada. Anda boleh senaraikan sendiri di minda anda kan!
Walau siapa mereka dan siapa pun kita, kenalah kita selalu ingatkan diri sendiri jangan sampai kita riak, bangga diri dan paling hampas takbur dan bongkak dengan apa yang Allah kurniakan pada kita. Ingat, apa yang kita ada adalah belas ehsan dan pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal menjadi hak milik kita apabila tiba masa kelak kita akan kembali ke rahmatullah. Tidak boleh bawa wang berpeti apatah lagi kereta mercedes tersayang.
Yang pasti, hanya amalan baik (ada ker/cukup kah) yang akan menemani kita disana. Inilah tiket untuk perjalanan kita samada untuk ke syurga atau neraka. Kalau ada saudara mara, rakan, isteri, anak-anak, suami yang mengirim doa, itu di kira sebagai bonus dan bekalan yang amat kita perlukan disana. Tapi adakah yang hendak kirim andai semasa hidup, kita seorang yang rasa hebat, pandang rendah pada orang lain dan sikap anda itu buat banyak orang rasa menyampah pada anda!
Lagu di bawah, kalau korang hayati betul-betul liriknya, mendalam maksud yang tersirat. Hidup ini hanya sementara, jangan cari masalah. Peace!
A... o...
Biskut rendam kopi o...
A... o...
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru ngam ho
Orang panggil hero
Kau hebat ada hebat lagi
Kau ligat ada ligat lagi
Boleh untung mesti boleh rugi
Takut kalah jangan main judi
A... a...
A... o...
Biskut rendam kopi o
A... o...
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru ngam ho orang panggil hero
Kau kaya ada kaya lagi
Kau lawa ada lawa lagi
Ada mawar mesti ada duri
Takut sakit baik pergi mati
hidup tu macam roda,kalau kite buat kt orrg mcm2,pandang rendah kt org,nnti bende tu semua jadi kt kite blk
BalasPadamBetul tu Green Apple, bila perasaan bangga diri dan merasa diri paling hebat menguasai diri, membuatkan kita lupa asal usul kita. Moga dijauhkan dari sifat ini.
BalasPadamTengah tgk iklan deodoran Axe Effect. Melampau tul ppuan2 kat iklan tu. Punyelah nk ckp lelaki yg pakai tu terus leh nampak hebat!
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!