Amat merugikan kepada sesiapa yang memiliki sikap double standard ni. Apa itu double standard

Jika anda rasa anda tidak sepatutnya berkawan dengan that person or this person atas dasar dia kurang pandai, pangkat dia lebih rendah dari anda, back ground family dia kurang baik, dia orang susah, dia kerja jual burger jer, dia tukang jaga parking, dia pak guard, dia tukang cuci dan anda sendiri lebih tahu apa yang buat anda rasa, anda terpaksa double standard!

Saya? As for my self, sorry im not that kind of person. Bukan nak tunjuk baik tapi sebab saya fikir tidak ada faedahnya bersikap sedemikian. Saya be friendly with all walaupun dia seorang Pak Guard.

On upon a time, masa tu saya tengah menjalankan kerja saya sebagai seorang pekerja tetap dan sebagai seorang part time blogger. Memang amat sibuk. Tetiba pintu pejabat di ketuk.

" Cik, kereta XXX 0007 tu, kereta Cik kan "

" Ye, kereta saya Pakcik, kenapa ? "

" Ada orang langgar lampu depan kereta Cik. Pak Cik dah tahan orang tu sebab dia nak lari. "

Waaa, memang berasap telinga saya yang mendengar. Sudah la langgar, nak lari pula. Hendak dikatakan saya parking salah tempat, tidak juga sebab saya parking di tempat yang dikhaskan untuk parking kenderaan.

" Pemandu tu yang salah. Bawa kereta macam orang gila. " Cerita Pak Guard seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di fikiran saya.

Moral of the story, kekadang kita tidak tahu, siapakah orang yang akan ikhlas menolong kita di saat kita benar-benar berada di dalam kesusahan. Buang sikap double standard sebab level kita di sisi AllahSWT, sama jer sebagai HAMBAnya.


8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. berkawan tu kena ikhlas, bukan berkawan kerana mengharapkan sebarang ganjaran..>.<

    BalasPadam
  2. @ syuwai, Begitulah sebenar-benarnya.

    BalasPadam
  3. bila terasa diri ni nak atau di double standard kan..cepat2 membayangkan saat2 di padang masyar..kan kita sama saja di sana..

    BalasPadam
  4. tak perlu nak double standard kat sesiapa...pandai, bodoh, miskin , kaya ada habuan masing masing. Orang kaya dapat pahala dari sedekahnya. Orang miskin dapat pahala dari kesabaran dan ketabahannnya...orang pandai dapat pahala jika menyampaikan ilmu kepandaiannya, yang bodoh dapat pahala bila dia belajar untuk membaiki kebodohannya...

    BalasPadam
  5. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang, dan jangan cepat menilai negatif orang lain..

    BalasPadam
  6. betul3..xde pekdahnye nak eksyen2.

    kita sama2 asal dari tanah..bukan dari lombong emas! & akn kembali jd tanah jgk! huuu

    BalasPadam
  7. kadang kawan ngan org bawah2 ni lg syok kalo nak banding ngan org atas2..huhuhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama