Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Nota : Untuk membaca artikel penuh, klik sini ya. Terima kasih kepada penulis asal, Tuan Pahrol Mohamad Juoi. Setiap penulisannya amat terkesan di hati.
paling sedih ramai prepuan skrang dah begitu ...
BalasPadamAl-Quran Interaktif / 30 Juzuk / 114 Surah
Cam tergantung jer ayat tu...
BalasPadamanda di tag kat sini.. sori nak shout jer tp shout box tak leh lak
BalasPadamhttp://bjmmandcontest.blogspot.com/2011/03/dunia-novel-giveaway.html
jodoh..ajal..maut..rezeki...semua ALLAH yang tentukan...semoga semua yang baik akan selalu mengiringi perjalanan hidup kita...ameen..
BalasPadamcianny.. 10 thn bcinta ptus pulak..huu
BalasPadamSaya terjah green apple ni...hi hi..
BalasPadamjodoh kuasa Allah. tapi kita makhluk perlu berdoa
BalasPadamfollower 536 datang nih.. heheeh..
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!