Umum mengetahui, kalau kita mention 'tudung' wanita, dah terbayang pelbagai corak dan gaya untuk menutup kepala. Pelbagai nama tudung yang ada. Pelbagai gaya tudung yang boleh di gayakan, asalkan mengikut  garis panduan yang telah ditetapkan. Hasil penulisan Tuan Pahrol Mohamad Juoi, menyatakan sebenarnya tudung seseorang wanita terbahagi kepada empat. Rupanya ada maksud yang tersirat yang ingin di ajak untuk di'renung' bersama.

  • Pertama - TUDUNG PADA WAJAH. Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan PAMERAN untuk lelaki ajnabi.
  • Kedua - TUDUNG PADA MATA. Jangan sampai matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.
  • Ketiga - TUDUNG PADA SUARA. Jangan di lunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.
  • Keempat -TUDUNG PADA HATI. Mengingati Allah dengan tasbih, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akhbar.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama