GreenAppleKu : 'Pegang tangan bukannya bercinta' malunya saya baca tajuk akhbar hari ni. Esok-esok ada juga tajuk 'Berpeluk bukannya bercinta'

UTUSAN 2hb NOV 2010: LALUAN yang diselusuri dua pelakon ini pada awalnya memang cukup lancar dan semuanya kerana penangan luar biasa drama bersiri Nur Kasih tahun lalu.

Populariti yang dikecapi oleh mereka menerusi rantaian arahan Kabir Bhatia itu berjaya mengatasi pelakon popular sedia ada sekali gus meletakkan mereka di barisan hadapan dan menjadi pujaan ramai.

Mohammad Zalimei Ishak dan Siti Zaqyah Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama pentas, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sememangnya bertuah kerana pantas menggapai bintang kejora di cakerawala.

Benarlah seperti mana yang dikata. Menjadi seorang artis ia bukanlah semudah yang disangka kerana ada harga yang perlu dibayar.

Itulah fitrah yang perlu dihadapi oleh Remy dan Tiz apabila kedua-duanya pernah terheret ke kancah kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan imej mereka.

Nama Tiz menjadi sebutan gara-gara gambar sosialnya bertebaran di alam maya sekali gus membuatkan kepercayaan peminat terhadap dirinya mula terhakis.

Kemudian, namanya sekali lagi panas apabila dikatakan cuba mengganggu keharmonian dan kebahagiaan pasangan kekasih yang senang enak dibuai rasa.

Remy dalam masa yang sama berdepan dengan dugaan yang boleh dianggap mencabar egonya sebagai seorang lelaki sejati.

Siapa yang boleh lupa bagaimana dia dipukul oleh sekumpulan lelaki tahun lalu di Istana Budaya dan kejadian itu berlaku serta dikaitkan dengan kes putus cintanya dengan dramatis terkenal, Ummi Nazeera.

Reda kisah itu, timbul pula cerita yang mengatakan dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres terkenal tanah air, Maya Karin sehingga Remy dikatakan sebagai orang ketiga yang merobohkan istana cinta Maya.

Baru hendak bernafas kembali, timbul pula cerita lain sehingga sesak nafas Remy dan Tiz dibuatnya.

Mereka berdua kini dikatakan sedang hangat bercinta gara-gara ada yang ternampak Remy dan Tiz berpegangan tangan ketika menghadiri acara MotoGP yang berlangsung di Sepang, Selangor pada 10 Oktober lalu.

Benarkah dakwaan yang mengatakan mereka kini pasangan kekasih? Dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di ibu pejabat Utusan Melayu, minggu lalu, Hits merungkai kesahihan di sebalik kisah tersebut.




Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama