SOALAN
ASSALAMUALAIKUM. Saya pernah terbaca dalam sebuah majalah yang mengatakan anak luar nikah seelok-eloknya tidak patut dibuat menantu.
Sudahlah dilahir dalam keadaan begitu, tidak dapat mewarisi harta keluarga angkat, malah tidak layak dijadikan menantu. Apakah hak dan ke mana arah golongan ini?
JAWAPAN
Anak luar nikah memang tidak mempunyai hak mewarisi harta keluarga angkat.
Ramai yang takut menjadikan anak luar nikah sebagai menantu dan ahli keluarga kerana bimbang anak ini akan mewarisi sedikit sebanyak perangai ibu bapanya yang liar.
Tidak dapat dinafikan keperibadian seseorang manusia dipengaruhi pelbagai faktor antaranya ialah baka kedua-dua ibu bapa, pendidikan, persekitaran, hidayah Allah dan juga pengaruh media.
Bagaimanapun, anak ini tidak berdosa, sebaliknya yang berdosa adalah ibu bapanya. Masyarakat tidak boleh menghukum mereka kerana yang patut menerima hukuman ialah ibu bapanya.
Jika dididik dengan baik dan sempurna mereka juga akan menjadi baik.
Bagi golongan ini, mereka perlu membuktikan pada masyarakat mereka boleh menjadi anak yang soleh dengan pendidikan yang baik.
kesian kat golongan ni..ibu bapanya yg bersalah..
BalasPadamHarap golongan ini dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga boleh menjadi anak yang soleh.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!