Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri.

Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka... roh Hartina mula mengganggu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan.

Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman. Meski diusir, namun dia tetap `hadir' dalam kehidupan Fakar seperti sediakala. Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitanya tidak dihapuskan. Ibarat api membakar sekam, dendam itu tak mungkin berakhir malah kian hangat membahang diri.

Namun, terubatkah kecewa Hartina.... terleraikah dendamnya setelah segala rahsia terbongkar? Dan siapakah Hartina sebenarnya? DENDAM SEMALAM... penuh saspens dan mendebarkan.

GreenAppleKu : Lelaki dan wanita yang 'ter' lupa pada AllahSWT. Mereka terlupa bahawa Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat. Lupa kiri dan kanan mereka ada 'teman' setia yang sedang mencatit aktiviti harian. Masa hendak bunuh isteri, kau berani sangat. Bila hantu isteri datang tiap-tiap malam, terkecil jugak kau.

Best buku cerita ini. Bila baca, rasa seperti tonton drama pula. Kena minta Rosyam Nor filemkan novel ni. Boleh menjadi panduan dan ingatan, kadang-kadang kemewahan yang ada boleh menyebabkan pembunuhan sesama manusia.


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama