Dalam offer letter tertera jawatan Administration tapi bila sudah mula bekerja..rupa-rupanya saya buat kerja untuk lima jawatan. Memang berjimat cermat betullah bos saya ni. But saya tidak kisah walaupun bila tiba hujung bulan saya yang tidak menang tangan buat kerja. Dek kerana memegang banyak jawatan, yang paling penting saya kena susun atur kerja saya dan disiplin. Yang urgent di dahulukan..contohnya bila tiba minggu gaji, dah tentu kena siapkan kes gaji dahulu..hehe..
Pernah juga saya memberi cadangan pada bos untuk mengambil seorang pembantu. Sebab bukan cawangan Penang sahaja yang saya handle, cawangan di Kedah dan Kelantan di bawah tanggungjawap saya. Nak tahu apa bos saya cakap,
'I tengok you boleh handle.'
Bila dah bos beri killer jawapan so saya diamkan aje. Yang penting bos tahu menghargai semua pekerjanya. Bos pun tak banyak songeh sebab dia tahu semua pekerja dia independence. Rakan-rakan tempat kerja pun best. Tiap tahun pasti ada bonus, duit raya, trip percutian dan kenaikkan gaji. Ini yang buat saya malas hendak tukar kerja. Saya ada pembantu yang banyak memudahkan kerja saya. Tanpanya tergendala juga kerja saya.
Inilah pembantu setia saya. |
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!