Tidak lama lagi, umum mengetahui kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Berpuasa di siang hari dan bersolat terawih di malam hari, memang tidak dapat dipisahkan. Jom kita semak, kenapa sukarnya untuk khusyuk dalam solat. Semoga kita semua memperolehi solat sempurna.
Perlu bagi kita untuk mengetahui apakah elemen utama yang pasti akan mengganggu diri drpd memperolehi khusyuk. Dua faktor yang paling utama yang amat meluas di tanah air kita, iaitu:
1. Kerosakkan akidah dan kepercayaan
Isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang,mengetahui sesuatu tentang makhluk halus dan yang seumpama dengannya ialah satu keyakinan yang mesti disumberkan kepada 3 sumber sahaja, iaitu:
a) Al-Quran
b) Hadis sahih dan hasan
c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)
Tanpa ketiga-tiga sumber ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramlaan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Sunnatullah (hukum alam) Boleh Dipercayai
Mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri-ciri ghaib seperti menyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan Sunnatullah iaitu setelah dilihat dari satelit maka didapati kumpulan awan tebal diatas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh Sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
2. Makanan, minuman dan pakaian daripada harta haram.
Apabila doa seseorang boleh terkesan dengan sebab pendapatan yang haram, sudah tentulah ibu kepada doa iaitu solat juga akan terkesan serta menjadi tidak makbul, dan kusyuk juga pasti tidak akan muncul-muncul. Dua sebab besar melibatkan harta haram:
a) Dosa riba
b) Dosa rasuah
c) Dosa pendapatan lain yang haram
Demikianlah tiga bentuk pendapatan harta yang mematikan hati, menghilangkan khusyuk solat. Maka jauhilah. Info tersebut saya perolehi dari salah satu buku yang menjadi koleksi saya iaitu buku Formula Solat Sempurna. Ketika mula-mula terpandang buku tersebut, terdetik di hati saya, adakah solat saya selama ini sudah sempurna? Tanpa berfikir 2 atau 3 kali, saya terus beli untuk mengetahui jawapannya. Sharing is caring.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!