"Beza di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah disyariatkan (disunatkan) bersahur." Hadis Imam Muslim no. 1836.
"Bersahurlah,sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan." Riwayat Al-Bukhari no. 789.
Berkat adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat. Oleh sebab itu berkat termasuk dalam perkara ghaib yang patut diimani oleh seseorang Muslim. Maka bersahur yang menepati kehendak Islam akan menambahkan iman dan taqwa. Keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:
- Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
- Menyalahi (tidak menyamai) kaedah ahli kitab.
- Menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat.
- Mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar.
- Menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab.
- Dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur.
Sheikh Ibrahim al-Bajuri menyatakan, waktu sahur bermula pada separuh kedua malam, maka makan sebelumnya tidak mendapat pahala sunah. Bersahur adalah satu sunah dan melewatkan sahur juga satu sunah yang sangat dituntut. Jadi bagaimana dengan sahur kita?
"Ustaz, saya agak sukar untuk bangun bersahur sebelum subuh, selalunya saya supper (makan lewat malam) sebelum tidur, kemudian hanya bangun apabila azan subuh di laungkan. Adakah ini dikira sebagai sahur?
Sebenarnya amalan itu bukan supper, tetapi suffer ( menderita). Mengikut ilmu kesihatan dan perubatan, sistem penghadaman seseorang menderita apabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur. Tindakan seumpama ini adalah budaya pemakanan yang tidak sihat bahkan boleh menyebabkan wujudnya penyakit dan kegemukan. Jadi, pada bulan Ramadhan ini, budaya itu harus ditinggalkan.
Thank you to Ustaz Syed Nurhisham for this good artikel. Ilmu yang baik harus disebarkan dan dikongsi bersama. Dan melalui buku tulisan Dr.Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik, yang saya baca, penekanan Nabi s.a.w supaya sahur di lewatkan dan tidak diabaikan adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian semasa menunjukkan bahawa makanan yang paling utama dalam masa 24jam adalah sarapan pagi kerana ianya penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!