ANTARA DUA CINTA

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecapi
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Itu adalah hasil nukilan Tuan Pahrol Mohd Juoi. Thank you Tuan. Lately ni apabila saya blog walking, banyak isu berkisar CINTA.

Ada yang baru menemui cinta baru, sedang di lamun cinta, baru mendapat cahaya mata hasil daripada benih cinta, mencari cinta yang tulus, terpedaya kerana cinta, di belasah kerana cinta, menjadi pembunuh kerana cinta dan ada yang terpisah kerana cinta.

Walau apa jua status cinta anda, biarlah ianya hanya kerana Allah SWT. Kepada yang telah jauh tersasar dari landasan cinta yang sepatutnya..rebutlah peluang bertaubat selagi pintu taubat masih Allah buka untuk kita. Kepada yang tengah frust dalam percintaan..bersabar dan kuatkan semangat anda. Ada hikmat di sebalik perpisahan ini..cari dan tentu ada jawapannya. Life must goes on. 

5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Mcm2 ada dengan cinta. Tanpa cinta kita tidak akan lahir ke dunia. Terima kasih cinta.

    BalasPadam
  2. Cinta itu dikatakan buta.
    Tapi, jangan pula kita ni buta kerana cinta manusia.

    BalasPadam
  3. Antara dua cinta..Ya Allah, aku amat takut kehilangan cintaMu..

    BalasPadam
  4. Ya Allah, jangan Kau palingkan cinta Mu dari ku...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama