Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin.

Di ringkaskan oleh GreenApple dari buku QURAN SAINTIFIK.

Seks bebas ada padahnya, antaranya adalah ia mengundang penyakit dan kemiskinan. Hal ini disebut nabi dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim yang bermaksud, “ Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kekafiran. Tiga yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” 

Setiap tahun hampir sejuta wanita di bawah umur 20 tahun mengandung. Ia bermaksud setiap hari hampir 2,800 remaja belasan tahun mengandung di luar nikah di Amerika. Bebanan kos yang terpaksa ditanggung bagi menangani masalah kandungan luar nikah ini mencecah 7 bilion dollar Amerika setiap tahun. Kesan drpd budaya hedonisme ini, setiap tahun 25 peratus drpd remaja belasan tahun di Amerika mengidap penyakit jangkitan seksual terutamanya drpd jenis chlamydia, gonorrhea, genital warts dan juga herpes. Hal ini dilaporkan oleh The Alan Guttmacher Institute, New York, pada tahun 1996.

Seks bebas menjadi salah satu sebab merebaknya penyakit AIDS pada hari ini. Mengikut African Newsletter 1996, wang yang terpaksa dibelanjakan bagi mengawal penyakit AIDS di seluruh dunia adalah $250 juta setiap hari, sejak dari tahun 1981 hingga 1996. Ini bermakna bagi setahun, wang yang dibelanjakan adalah $90 bilion dan pada hari ini kosnya meningkat ke ratusan billion. Negara-negara miskin di benua Afrika menjadi bertambah miskin berdepan dengan masalah ini.

Benarlah kata nabi, “Dan tidaklah zahir perbuatan zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkan akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tidak pernah dikenali oleh datuk nenek moyang mereka sebelum itu.” Hadis ini direkodkan oleh Ibnu Majah, al-Baihaqi dan al-Bazzar.

Seks yang halal lagi mendamaikan mengikut Islam adalah seks yang berasaskan perkahwinan yang sah. Perkara ini dijelaskan oleh nabi yang bermaksud, “Sahabat-sahabat nabi bertanya, “ Wahai Nabi Muhammad, adakah jika salah seorang drpd kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal maka dia diganjarkan pahala?” Kata nabi, “Tidakkah jika kamu memuaskan nafsumu secara haram maka kamu berdosa? Justeru, jika kamu melaksanakannya secara halal kamu memperoleh pahala.” Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Dunia dengan seks bebasnya sememangnya sedang mendekati kehancuran Hari Kiamat. Nabi berkata, “Antara tanda-tanda kiamat adalah perbuatan zina akan berleluasa.”

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama