Oleh: Roslan Kassim (MAJALAH ANIS JUN 2009)

Dari usia 14 hingga 21 tahun.

Pada usia 15 tahun, anak-anak sudah memasuki gerbang akil baligh. Tanggungjawap syariat sudah dibebankan ke atas mereka. Pembelajaran ilmu dan latihan kebiasaan yang diterima anak-anak dalam didikan sebelum ini perlukan pengukuhan dalam penghayatan. Libatkan mereka menjadi pembantu kanan ibubapa dalam urusan keluarga dan rumahtangga. Anak-anak dalam peringkat usia ini perlu diberi kepercayaan untuk menimba pengalaman memikul tanggungjawap agar terbina keyakinan diri dalam membuat keputusan dan menguruskan masalah.

Walaupun diberi kebebasan, ibubapa tetap mengawas dari jauh dan harus bertindak sebagai pemudah cara dan tempat rujuk. Melalui hubungan sedemikian rupa, maka akan terbina kematangan berfikir dan kecekapan bertindak pada diri anak-anak. Berkomunikasilah dengan anak secara terbuka sebagai seorang kawan. Agar dengan cara itu anak remaja mudah dapat mengajukan pendapat dan mengadukan masalah.

Namun, perlu diingat bahawa menjadikan anak sebagai kawan dalam berkomunikasi perlu dilakukan TANPA KEHILANGAN WIBAWA DIRI sebagai ibubapa di mata anak-anak. Menjadi satu kemestian ibubapa agar sentiasa berinteraksi dengan anak-anak mengikut kecerdikan dan perkembangan usia mereka dengan watak yang berbeza. Saluran komunikasi di antara anak dan ibubapanya seharus sentiasa terbuka; jangan diputuskan hubungan atau wujud jurang pemisah.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama